Thursday, March 26, 2015

2015

yeayy..

satu post untuk tahun 2015. okbai

Monday, November 4, 2013

mari kira hari dan bulan

Salam,

Selama pindah tempat kerja baru nih, ada 1 post ke macam takde post cerita pasal keje den kek sini. ok lah, ini adalah petanda kerja kat sini tak banyak yang boleh nak di share. bukan sebab kerahsiaan tapi sebab kemerepekan kerja kat sini.

ok, tempat ni agensi pusat yang ada 600++ staf n majoritinya ialah pegawai.saya sedar akan mala petaka kalo mngayam ketupat kat alam maya ini, tapi apa salahnya kalo berkongsi sesama makhluk Allah. so tempat ni kalo dibaca nama2 bahagian yang ada, kira berbelit la lidah, kerja berbelit otak sebab semua separa sewel kat sini :)

disebabkan pengalaman lepas berkhidmat jadi orang suruhan, kerja kat sini kira tak la mencabar ke tahap kerja dulu. sini banyak membawak status agensi yang so called "agensi pemodenan". bodoh ke hape. kadang2 kena menulis, buat buku la (BOSAN), pekeliling la (tido), khidmat nasihat (serius ni klaka), khidmat runding bla bla bla...

tapi dalam sejuta benda tak best kat sini, ada gak benda berpekdah yang buat kat sini. dipilih jadi pasukan audit dalam untuk MS ISO. so adala sikit pengalaman nak bawak keluar kalo ada yang nak kencing pasal iso. jadi pasukan audit untuk Star Rating, walaupun star rating dikeji oleh semua orang, namun pengalaman tu boleh la bawak keluar kalo kena p tempat org lain nanti.

satu-satu niat masa nak keluar dulu is nak cuba kerja lain selain wat TANAH. dan pengalaman kat sini adalah berjuta batu jauhnya dari pengalaman masa tempat lama. which memang menimba ilmu la.. tapi rupanya ilmu yang saya suka adalah ilmu hitam (erk).. bukan..kerja yang saya suka adalah kerja yang jumpa dan berkomunikasi, bukan membaca dan berpikir samapi beruban. so itulah yang buat saya sedikit terganggu dengan kerja yang bersifat super cerdik camni.

takpa..nanti ada rezeki kita cuba pi tempat lain dan keluarkan semua ilmu yang ada kat sini.. kah kah kah..bodoh tak kelaka
baiklah, hari ni isnin..4 november 2013. semoga tiada lagi mendung dalam belog ni..mari warna kan!

~linkampo~
kawan sehopis




Tuesday, October 8, 2013



Salam,

Bosan da nak buat ayat "lama tak menulis", "lama tak update blog", cliche!! stereotyped expression!!

nah, video baby gemok, nama neelopa :)

Thursday, October 3, 2013

2013

Entry pertama untuk tahun 2013..
bersawang nau belog ni

~linkampo~

Thursday, November 15, 2012

ooohh well

yeayyy..
salam maal hijrah.. saya bercadang nak menulis balik..sokonglah saya..pelisss...

So, mana patut saya mulakan.. dari cerita rumah, ke cerita opis, hingga cerita dalam kelambu?... tetttt..salah... rumah saya takde kelambu.. i guna ridset..ohhh welll..

mari mulakan dengan cerita opis baru saya..semenjak perpindahan saya ke kawasan jajahan baru ni, saya makin kesenyapan..ini adalah diakibatkan oleh kerja2 yang saya lakukan..nak kata rahsia, tak la jugak..bahaya lagi kerja2 lama saya dahulu.. nak kata bizi, tak la jugak, sebab kerja lama saya lagi bizi, sampai air kencing nak kuar ikut mata (angkara x sempat g toilet). tapi saya rasa macam takde menda yang menarik perlu dikongsikan.. just a cerita pergi opis..dan balik opis..

saya ada bos pelbagai level..dari gred 48 sampai la ke JUSA..dan mereka2 adalah berada dekat dikeliling saya..jaman kat state dulu, nak jumpa JUSA tu memang la payah, sebab depa ingat depa dah duduk tinggi macam malaikat..tapi kat sini mereka amat easy access.. mcam mesin ATM..

dan pengarah saya juga adalah JUSA..dia sangat comel dan baik..boleh bawak bincang dan juga boleh dibawak bergelak...suka buat lawak bodoh di masa2 kami dikerah kerja waktu malam...itu adalah sangat bodoh..memang rasa nak lempang..bila dalam meeting, dia akan jadi bos yang garang2 tapi comel..so saya suka dia..tapi kadang2 la...kadang2 rasa nak curah asid kat muka dia..suh senyap sekejap.

ok.tu je nak merepek.. ni sms dia masa raya ritu. pekan Taiping nan indah..rasa nak lempang kan comelnye tu..


~linkampo~
15/11/2012 Maal Hijrah

Tuesday, July 10, 2012




TQ to rozairi... to puan wawa n siti rohaya..berjaya korg buat aku nanes....sobsss...sobsss

aku rindu Taiping!!!!

serius aku nangis gile tgk vdio ni beb!

Tuesday, July 3, 2012

malang musim euro

salam sejahtera..


ini adalah post terbaru...ye amat baru..sebab saya amat takde masa nak hupdate belog ni..bukan takde masa aje, malah tak de hati, tak de limpa, takde apendik...dan takde ape2 nak cerita (selain malas)..


seperti yang para peminat (ehh..minat kah?hingat aku anzalna ke hape?) atau pun para stalker tahu, saya kini dah berpindah ke putrajaya..tidak lagi berkhidmat di Daerah Larut Matang dan Selama. melangkah keluarnya saya dari pejabat juga rumah itu, diiringi dengan tangisan...kawan2, mak n abah juga diri sendiri...driving dari taiping ke kl sorang2, ditemani lagu2 radio sinar fm, maka menangis bagai perempuan meroyan..(saya pecaya itu adalah kerana pms..ye kerja pms..nokhta)..


dikesempatan yang tak berapa sempat ni, walaupun dah hampir 2 bulan saya tinggalkan Taiping, saya nak berterima kasih kepada mak abah yang mjaga saya selama 5 tahun dirumah..si perempuan malas yang balik kerja terus kangkang tengok tv ni..tak akan pernah ada yang mengganti mak jaga lin sebaik tu, gerak bangun pagi, siapkan breakfast, gosokkan baju, basuhkan baju, lipatkan baju, sediakan makan malam, apa lagi yang tak buat? semua supermom buat..jauh dalam hati ni, lin kat sini selalu rindu mak :( ... ok aku nak nangis skang!fine!


buat kawan2 opis, siti, salwa, shemi,rozai, dan sekufu dengan nya, korg adalah peneraju kegemilangan pejabat tu, sentiasa la bawak kapas dan pisau tajam, nak bunuh hati tatkala dimaki bos  kita...maka janganlah kau bersedih wahai sahabat, ada manisnya bila kena marah nanti.mungkin APC dan wang tunai bernilai rm 1000, siapa sangka, siapa menduga...nway, thanks for majlis tempoh hari, walaupun aku nangis sikit, sebenarnya aku nak meraung lagi hebat..tapi sebab aku kan cool..so nangis suam-suam kuku la..


buat kengkawan yang masih menetap di bumi perak, berbaktilah kawan2...bila aku dah jauh kat sini, masih ada org yang call, tanya itu ini..masih ada cebis2 ucapan terima kasih dari org2 yang kita tabur bakti dulu dan insyallah, akan timbul rasa puas sbb tugas kita selesai.. aku tak penah menyesal duduk kat pejabat lama dan tak penah puas serve rakyat taiping..n u all should be proud of yourself beb..


dengan suasana baru kat pejabat, dan rumah sewa..aku syukur..ada kemudahan dan kesenangan tuhan lorongkan.. maybe kerja yang aku buat ni terlampau educational sangat..so aku yang graduate pointer 2.8 ni rasa macam hampir2 lemas, timbul tenggelam la skit..tapi aku percaya, takde org yg lahir terus boleh berjalan..satu daerah aku jaga dengan aman, inikan satu komputer dan satu mouse..ape la sangat..


ok..disebabkan kenduri amzari tempoh hari, post ini ditulis.. mai dan amar,pasangan bercinta masa dpa ni, yang perli pasal blog ni..then aku pun terpikir nak hupdate balik..biarla cerita 2-3 bulan sudah jadik tajuk post2 akan datang..mungkin lepas lima bulan pulak kot...lalalalala...


** sebenarnya bukan komputer n mouse je, ada banyak buku kajian, ada banyak buku library kena baca...dem!!  




miss u all beb...


linkampo

Monday, April 9, 2012

clap-clap-clap

Sajak Khas dari seorang PTD Durjana kepada : Guru Mulia 

Guru Mulia,
Pembela harapan anak bangsa,
Mendidik kami hingga berjaya,
Jadi PTD berkat usahamu jua,
Mengapa penat lelahmu ini yang kamu cerca?

Guru Mulia,
Kami tak cemburu apatah lagi nak dengki,
Kami sedar asal usul diri kami,
Tanpamu guru, kami takkan berada di sini,
Mengapa kami terus dicaci,
Bukankah kami bekas murid yang pernah engkau sayangi,
Didikanmu dulu tak pernah kami lupai,

Guru Mulia,
Dulu engkau pernah berkata,
Hasad dengki, fitnah, keji mengkeji itu mendatangkan dosa,
Sedangkan tujuan kita semuanya sama,
Demi berkhidmat pada nusa dan bangsa,
Bagi membela nasib rakyat dan juga negara.

Guru Mulia,
Kenapa pangkat dan kuasa yang kau pertikaikan,
Rezki manusia di tangan Tuhan,
Siapakah kita hendak persoalkan,
Ketentuan Tuhan sama-samalah kita Redhakan,
Jangan sampai anak bangsa kita berantakan,
Dek hasutan setan durjana yang patut engkau hindarkan,

Guru Mulia,
Manusia ini tidak lari dari melakukan kesilapan,
Mana yang salah kita sama-sama betulkan,
Bukan dengan cara membentak penuh penghinaan,
Kerana itulah amalan kegemaran si syaitan,

Guru Mulia,
Jangan doakan kami mati dihina,
Kan lebih baik doakan kesejahteraan kita bersama,
Membenci sesama insan dilarang agama,
Semoga pesanan PTD Durjana ini menghentikan sengketa
Kami doakan guru-guru kami dimana jua mereka berada,
Semoga bahagia dan berjaya selama-lamanya,
Moga Allah meredhai akan segala jasa mereka.

Hasil nukilan : MRMZ

credit to : Mohd Riza Mohmed Zuhri

ku abadi kan nukilan rasa kau..

PTD Durjana, 
menghapus jawatan guru mulia, 
akan cemburu yang bergelar pendita, 
hati PTD busuk seperti celaka, 
dengki tak habis merampas takhta, 
selama ini guru yang menjaga, 
indah menawan sebutir permata, 
tempat bekerja, sekolah tercinta.

PTD Durjana,
membuat rancangan memberi bahana,
kepada semua bergelar guru wibawa,
SBPA dihalusi, direka dan dicipta,
untuk masuk ke sekolah di Malaysia,
agar dapat mengguling ketua,
yang arif dialah guru panggil Guru Besar atau Pengetua.

PTD Durjana,
guru tiada memusuhi akan sesiapa,
namun mengapa PTD Durjana,
mulut ternganga seperti buaya,
hendak juga masuk tunjuk kuasa,
di tempat mendidik anak bangsa?

PTD Durjana,
perangai kalian tiada ubah seperti Ravana, dalam epik Mahabhrata,
tiada habis mengaku bijaksana,
hakikatnya kalian pandai tiada ke mana,
kerna dahulu di sekolah aliran sastera!

PTD Durjana,
apa yang guru perlu lebih pelaksana,
bukannya kemasukan PTD Durjana,
kelak di mana guru mencari hala?
habis sudah dirampas semua,
jawatan yang tinggal hanyalah Guru Tua.

PTD Durjana,
berbelah setia tiada kami guru kepada Seri Paduka Raja,
mahupun kepada tanah air negara,
hanya menyampah getik hanya senya pada,
PTD Durjana.

PTD Durjana,
kami guru ramai tiada terkata,
lebih besar dari tentera,
menunggu tiba cukupnya masa,
tatkala di hari dipalu rebana,
jangan sampai kapur berubah keris tembaga, kelak kalian susah sengsara.

PTD Durjana,
ikutkan hati mahu sahaja aku berdoa,
agar kalian mati dalam hina,
kerana habis semua periuk belanga,
ditendang, dipecah porak peranda,
tunggak terbalik kerna angkara,
kau oranglah PTD Durjana.

Namun aku seorang sarjana,
hatiku tidak seperti ular sawa,
hanya mampu ku berdoa,
kalian mendapat pedoman Maha Perdana,
agar hati cerah seperti pelita.

Sekian sudah Cikgu Matno berbicara, andai terasa ampun dipinta, hanya sekadar lontaran suara,
yang tersimpan sekian lama.

MOHD. NOOR BIN ASCAL 

Thursday, March 8, 2012

Mac la pulak!

Baru lepas Kuala Kangsar..
Teringat pd sorg senior..org Sauk..hmmm...mari bersama DJ Lin dalam..Suria Cinta..

masa blajo time uni dulu..sy ada boipren..kira zaman study sy cm x try n error sgt lelaki2 diluar sana la..sy tinggalkan kampung halaman dgn package "sekor" bf buat tangkal..walaupun kdengaran sgt tidak cool..tetapi itulah kebenaran nye..

Tahun pertama-ada bf..tahun kedua-ada bf..tahun ketiga-masih jugak-habis blajar pun ada bf..dan yg amat malangnye,bf sorg tak tukar2...skrang baru rasa menyesal tak gedik zaman bergetah dulu..tp saya pasrgah ..ehhh tu bukan pasrgah..tu menyergah!

Ok..abaikan kisah silam tu..zaman sy belajar dulu mmg ade seorg senior yg saya suka..nama dia dah x ingat..kecik je org nye..slalu skodeng dia kat kampus..musim dedication,mesti kasik cekelat...musim sukan2,leh tuju2 lagu...tp itu sy buat dalam senyap..dulu sy ada curi gambar dia dari outing card..terima kasih sahabat2 syaiton nirojim yg bjaya menyakinkan sy utk mengcover perbuatan itu ..

Kini sy xtau dia kat mane..kawin dah kot..beranak pinak dah kot..sama mcm bf xguna sy..pun da beranak pinak..hanya saya je yg beranak lemak..premium beutifool...tolong saya!!!

**slalu mis call rumah kampung dia masa cuti semester..eiii saikonye aku!

Monday, January 30, 2012

sebuah lagi karya ulong..superb!


 kenapa la berbakat bemo budak nih? harap la hotak aku sekretip ni...

Wednesday, January 25, 2012

Gong xi !

Hari ni dapat surprise..ade dpt hmper..ang pow pun ade..yeayy!! Walaupun hamper tinggi gunung tu bnyak mkanan sedap2,aku sucikan hati kasik budak2 opis perabih bg anak2 depa..baru lah niat suci si pemberi dpt dirasai bersma..ibarat berat sama dipikul,ringan sma mcm makanan ringan.

 Lately bos slalu naik angin,stress agaknye..dgn aku2 skali kena bancuh kalo hati sudah panas..dan tadi sebuah episod kekejaman regim berlaku lagi..yg kena maki terkebil2..yg kena hamput wat2 muka taik lembu kering..mesti dlm hati depa dok tertanya cmne kmi2 dok keje ngan bos angin taufan kan?rahsianye...pakaila korset premium beutifool..baru la rasa yakin,walaupun selepas dimaki bos!!ooo yeah!

 Adik aku dah nak bertunang (asal nye nk wat merisik je) tp dah jadi len macam je bunyi..so aku rsa baiklah dijadikkan majlis bertunang aje..ape la bezanye sangat pun..dua2 bawak cincin jugak..Dan mula la dengar hint2 suara pontianak bertanya aku bila pulak..kata aku ni memilih la,kata aku ni sibuk sangat keja la..itu la ,ini la.. Memang ramai tok batin yg nk cuba2 ilmu nk matchingkan aku dengan lelaki2 di luar sana..tp tak lut dengan ilmu kebal aku..nasihat aku "dragon ball ada 7 biji semuanye"..dan last wedding aku attended bru ni..pakcik ngajo ngaji zaman hingusan aku dulu aka (bapak pengantin) datang nasihat aku.."lin, cepat kawin..jgn kita buat mak bapak kita riso" dengan pelat usop whilcha nye..

 Baik la..ini bukan soal memain,ni soal jodoh..bukan boleh main tuju2 macam ilmu hitam tu,bukan boleh match2 mcm puzzle tu,bukan leh main2 kira peratus jodoh ikut ejaan nama tu (kalo kamu xtau,kamu sgt olskool okeh)..
 Jadi formular dari cerita tersebut adalah :

 kawin=30(umo) x kedut muka x {80%} < -7

Maka..jika tak paham,jgn cuba tanya hal kawin dgn saya..selesaikan soalan itu dengan memberi jawapan apakah nilai y tersebut..

Sekian..slamat malam ;)

Monday, January 23, 2012

Apple of my eyes


YouTube Video

Tukang mgusik tu mmg dari aku kecik lg da mcm hantu

YouTube Video

Allahuakbar!!!

Thursday, January 19, 2012

so damn seksis!


nak g*tar tu!

~alin comel~

Tuesday, January 17, 2012

terima kasih utube..



Dulu
Ku pandang diriku
Kekasih yang setia
Tak pernah berdusta
ooo


Kini
Aku mulai merasa
Sedap hati mendua
Perlahanku tinggalkan kamu


Tapi
Semakin jauh
Aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu
hooo


Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan sisa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku


Mungkin
Mungkinkah kita bisa
Perbaiki semua.. kembali bersama


Kerna semakin jauh aku
Semakin aku rindu , rindukan kamu


Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan sisa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku


Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh Tuhan tolong aku
ooo


**utube kena block dah..terima kasih

Monday, January 16, 2012

Salam Tahun Baru

Post pertama untuk 2012...


Awal tahun yang sangat sibuk...semakin lama semakin sibuk..org tu pencen, org ni bertukar, org ni naik pangkat, org tu mengelat wat kerja...maka yang tinggal, pencacai yang macam burung belatuk, angguk aje kalo disuruh wat kerja..


Tahun ni abang dah start sekolah..
lihat wajah ceria budak ni...harapan mak lin..
* jangan jadi skema
* jangan kena buli
* jangan poyo
* jangan angkat beg cikgu kat kereta
* jangan offer diri padam white board
* jangan jadi ulat buku
* jangan jadi librarian
okeh..time sekolah ni enjoy aje..tak payah la nak kena jaga library, nak kipas bontot cikgu..ko jadi adiwira dengan bermain bola sepak plus upsr 5 A... baru la ade class..ok..angan2 ye..budak tu baru darjah 1 kot!


pagi ahad lepas..saya dikejutkan dengan sms PA bos saya..
" cik tgk blog PRU13..ada gaya lah cik".. nah..kasik korang tgk..http://perakpru13.blogspot.com/Blog ni jugak penah hentam pejabat aku kutuk memacam sampai bos aku keciwa dan malas bekerja untuk rakyat lagi . ade post yang ditulis dengan ayat agak kurang *jar. tapi saya malas nak amik port sebab ni semua picisan2 politik yang k*tor. jadi saya kerja ikhlas..sila rujuk gambar dlm blog tu, leh masuk bertanding MPP tak..leh la nak berdemonstrasi pasal AUKU .. :p


banyak lagi nak tulis..


buka fb pepagi dah ada pix menyentuh hati.. rindu kengkawan..dah 3 tahun rupanye saya tinggalkan DPA..tapi masih berbekas hati ni dengan cite masa lampau tu..mis u guys :(




Takziah untuk rakan saya Normala Ismail..yang kehilangan abah tersayang semalam..saya menjadi pendengar setia cerita2 mala dengan abahnye sejak dari zaman uitm dan saya tahu betapa sayang dia kat abah dia walaupun garang...kita doa abah tenang kat sana ye :)
dah lama dia sakit dan biar dia pergi dengan tenang..tabah beb..




*rindu kengkawan*



Friday, December 23, 2011

hamik kau...

selina gomez ...
siap dengar lagu hentak2 kaki,,,ape nak jadi ko ni azlin!!

batu belah batu bertangkup..

Hi erzny...post ni aku tulis untuk ko..walaupun kasta aku tak sampai ke tahap Jebon... :p
walaupun ko jaga abang tentera dan bukan lagi erzny biasiswa..ko masih kawan ketawa bergigi besi paling best sepanjang zaman..everlasting beb...


perut tengah lapaq ni..saya didatangi opah 3 suku abad....tua..macam nenek2 kita..pakai baju macam nenek2 kita...nenek aku pakai camtu la..tak tau la nenek kome macam mane.. org2 lama kan sepesen je (merujuk kepada se "fashion" aje).. bila aku mintak ic, dia bukak beg, dlm beg ada beg plastik, dalam beg plastik ada sapu tangan, dlm sapu tangan ada beg duit, dalam beg duit ada ic..memang macam cari harta karun..


dalam opah tu amat berhati2 menyimpan ic, dia kena gak tipu ngan anak status neraka.. anak dia bwk g Pej T**ah dan suh dia sign borang tukar milik tanah 3 minggu lepas..maka atas dasar pecaya, opah ni dah sign tanpa sedar yang ank dia nak bolot tanah tu sorg...memang neraka lah kau si tanggang.. ehh over emo..


rupanye, opah ni dah suh letak nama adik beradik berlima org,  tapi sbb nak cepat kaya, maka dia letak nama sensorang....maka keciwa la emak ini dan bergegaslah org tua itu ke sini dan mengadu akan sedih di hati..bila di tanya:


aku: tanah berapa luas makcik?
opah: 5-6 ekar lebih...
aku: ooo....ade ape atas tanah? rumah ke?
opah: pokok kelapa sawit...300-400 pokok..
aku: (**berpikir jauh.....opah ni lagi kaya dari aku sbb ladang dia leh dapat 3 kali ganda gaji aku)


pengajaran: 
jangan derhaka dgn mak bapak..nescaya buruk padahnye... 


Selamat Hari Jumaat...selesanye menaip pas potong kuku... :)

Wednesday, December 14, 2011

angan2 dulu....



saya seorang yang sangat malas membaca..tambah2 buku yang penuh dengan ilmu.kalo buku penuh dengan gambar dan animasi, saya berminat..tambah2 kalo berkaler2.. jika terlihat saya sendang membaca, mungkin ia Surat Khabar "berita harian" & "utusan malaysia" aka surat khabar kerajaan dan berjiwa tua, ujar Puan Fiza..


Masa gelora novel Ombak Rindu tengah melanda, saya masih mengaji bak kata org tua2 dulu.. Mgaji kat UITM tgh degree tahun 2003-2005.. Novel Ombak Rindu adalah novel cinta bukan remaja pertama yang saya baca selain dari novel mengarut ahadiat ashah...pencapaian pembacaan saya ke atas novel tersebut agak memberangsangkan kerana mengambil masa kurang dari 2 hari...baca, baca..baca.. dan baca...kira nak kasik habis gak la...Sampai selesai membaca, masih terngiang2 watak2 cerita tuh..kira habis feeling la mbaca sampai angan2 nak jadi Izzah tu melampaui batasan imaginasi.. 


Asalnye, keratan novel tu ada dalam majalah Remaja yang Ainul Shahidah AKA emp yang langgan..so sebab tak sabar nak tau ending, emp carik duit dan beli novel tu..maka berebut la hamba2 Allah beramai2 ni nak baca novel tu bagi habis..selesai org ni baca 3-4 chapter, org lain lak take over dan baca...  sampai la org ke 7@8 yang baca...


Masa tu, takde duit beli novel, tapau nasik satu bekas kongsi 8 org, duit top up hp rm10 sebulan, pergi kelas bjalan kaki berkilo2 meter, panjat sejuta anak tangga... tido setilam 4 orang...


sekarang, saya dan nengok cerita Ombak Rindu dengan keadaan saya yg jauh berbeza dengan keadaan dulu..kadang2 rindu zaman dulu..kawan nagis gelak, kawan pinjam sabun basuh baju, kawan pinjam hanger baju, kawan pinjam selipar jepun sebab nak g toilet, kawan teman g kencing malam2...


Thanks beb...satu hari nanti kita jumpa n gelak2 macam dulu k...















Tuesday, December 13, 2011

Terapi hari2 saya


YouTube Video

Im proudly present... Putri aina dania zulkifli..clap clap clap...