Tuesday, December 22, 2009

Pak Tahir family 69













Sebenarnya ada banyak lagi gambar yang menarik nak share..tapi sume dlm camera aku..
erm..nanti aku ada free time aku upload lagi..
actually ni kali pertama keluarga Pak Tahir (atuk) buat family gathering secara official la..
yang lain tu harap bertembung hari raya je..so dengan susah payah aku, wani(kezen) n makcik2 aku, so terjadila gathering ni..
malam sabtu tu sebenarnye dah start dengan cabutan bertuah..aku make sure semua betuah dengan membeli kuantiti hadiah yang banyak supaya semua rasa girang dan gembira untuk tido malam tu dengan memikirkan.."wah brtuahnye aku".. malam tu aku tak dapat join coz masih berada di Damai Laut..hanya dengar di corong hp bertapa gumbira mereka disana..hati aku pun melonjak2 nak balik manjoi seperti gambaran lagu 'balik kampung' dendangan sudirman..
malam tu ada poco2..semua dengan sportingnye join nari sesama dan membikin semua org kampung keluar dan melihat kejadian pelik keluarga Pak Tahir menari beramai2...
petang sabtu, kami ada sukaneka yang agak beraneka acaranye.. sampai aku gelak merah2 pipi..dan yang bestnye, semua sangat sporting...malam ada acara karaoke keluarga..ada 20 peserta yang masuk bersama 2 orng juri(pakcik2 aku) yang sangat roslan aziz behaviornye..siap tgur pitching bagai..tapi malangnye adiah hanya satu..semua menyanyi dengan semangatnye demi hamper itu dan skali lagi membuat seluruh penduduk kampung semakin tertekan dengan acara nyanyian tersebut..
dan malam tu diakhiri dengan acara poco2 keluarga dan masih lagi membuat org kampung semakin membara dalam perut..,











NeXxxxttt...

Kursus Business proses reingineering.. apa jadahnye???

participant dari 2 negeri, Perak n P.Pinang.. PBT n Pejabat Tanah..gile ah..
aku dengan sedaya upaya nak mengstucture semula tatacara kerja Pejabat Tanah..
rasa nak menitis air mata kalo dapat complete in 9 days proses pemberimilikan..
Azlin terus naik pangkat jadi KSN la kot..wakakakaka


ni la tempat nye.. Swiss Inn Damai Laut..enak sekali..
aku dan gaya tersendiri depan cermin..
si gedik!



mana nak mula ek?


lamanye tak menulis..
since my last post, aku dah buat macam2 menda, dah pergi macam2 tempat, kenal macam2 org..
nak cerita, nak menulis cam tak tergambar dgn perkataan..erm..
lets start wit bday abang..


erin, baby n abang datang awal sebab wekend tu ada family gathering..ni pon cite enak nak di share bersama..jap eh..
kembali wit bday abang.. aku pening nak cari hadiah besday dia..pusing2 kat queensbay ngan tikah n mala..aku terjumpa toilet utk dak2..dengan harapan dia akan belajar uuk uuk kat dalam toilet tuh..tapi malangnye dia taknak n anggap jamban tu ialah kerusi utk dia lepak2..jadi duit maklin utuk jamban abang hanyalah tinggal habuk..
btw..luv u aidil..selamat ari jadik yang ke4...

Sunday, December 13, 2009

banyak ..

banyak post yang akan aku update..
masa macam tak penah cukup je...
wkend yang sungguh penat ya Tuhan!!
1 more week to go..
Semoga Tuhan sentiasa bersama org2 yang tabah....

Wednesday, December 9, 2009

yang ke seratooooosssss...

ni post yang ke seratus..


just nak share, kenangan ngan kengkawan kat DPA..



kwn2 yang bermandi peluh sama2 kat DPA.


ni waktu mess nite Polis






'hanya kau yang mampu'

lin featuring shazwan


masa time mes nite polis memang best.. 1st time pakai mess kit (baju putih yang aku pakai)..1st time attend majlis mess nite yang penut adat istiadat..tertib makan yang buat aku makan tak abis sebab tak larat nak beradab2 sangat..n lastly, majlis tari menari yang superb..

macam clubbing la..tapi dengan pakaian yang sangat tertib..




apa itu kawin?

last kenduri yang aku attend..
best sebab kenduri ni masak sendiri..
semua ni otai2nye..


teringat masa aku duk quarters masa mak bergiat cergas sebagai team masakan kat surau.
banyak aku belajar.. masak guna kayu api, cuci pinggan moreh bulan puasa yang dapat upah rm2 semalam..belajar terawih dengan geng2 mak,main mercun/bunga api..melepak belajar main guitar..manisnye rasa..
skang adik2 yang aku main dgn aku dulu , galah panjang, rounders, gasing ,aci nyorok sume dah pakat2 antar kad kawin dimana aku kena face dengan makcik2 otai kawan mak untuk menjawab soklan2 keramat dorang..
buhsan!!!

untuk saya, awak,dia dan semua..

renung-renungkan...



PERTAMA.

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.


KEDUA.

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.




KETIGA.

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu


KEEMPAT.


Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.




KELIMA.

Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.


KEENAM.

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.




KETUJUH.

Percayailah cinta pandang pertama.


KELAPAN.

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.




KESEMBILAN.

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.


KESEPULUH.

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.




KESEBELAS.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.


KEDUABELAS.

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.


KETIGABELAS.

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"


KEEMPATBELAS.

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.






KELIMABELAS.

Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.


KEENAMBELAS.

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.




KETUJUHBELAS.

Berpeganglah kepada tiga R:

1.
Rasa hormat pada diri sendiri;
2.
Rasa hormat kepada orang lain;
3.
Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda


KELAPANBELAS.

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.






KESEMBILANBELAS.

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.


KEDUAPULUH.

Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.






KEDUAPULUH SATU

Adaketikanya anda perlu bersendirian.