clap-clap-clap
Sajak Khas dari seorang PTD Durjana kepada : Guru Mulia
Guru Mulia,
Pembela harapan anak bangsa,
Mendidik kami hingga berjaya,
Jadi PTD berkat usahamu jua,
Mengapa penat lelahmu ini yang kamu cerca?
Guru Mulia,
Kami tak cemburu apatah lagi nak dengki,
Kami sedar asal usul diri kami,
Tanpamu guru, kami takkan berada di sini,
Mengapa kami terus dicaci,
Bukankah kami bekas murid yang pernah engkau sayangi,
Didikanmu dulu tak pernah kami lupai,
Guru Mulia,
Dulu engkau pernah berkata,
Hasad dengki, fitnah, keji mengkeji itu mendatangkan dosa,
Sedangkan tujuan kita semuanya sama,
Demi berkhidmat pada nusa dan bangsa,
Bagi membela nasib rakyat dan juga negara.
Guru Mulia,
Kenapa pangkat dan kuasa yang kau pertikaikan,
Rezki manusia di tangan Tuhan,
Siapakah kita hendak persoalkan,
Ketentuan Tuhan sama-samalah kita Redhakan,
Jangan sampai anak bangsa kita berantakan,
Dek hasutan setan durjana yang patut engkau hindarkan,
Guru Mulia,
Manusia ini tidak lari dari melakukan kesilapan,
Mana yang salah kita sama-sama betulkan,
Bukan dengan cara membentak penuh penghinaan,
Kerana itulah amalan kegemaran si syaitan,
Guru Mulia,
Jangan doakan kami mati dihina,
Kan lebih baik doakan kesejahteraan kita bersama,
Membenci sesama insan dilarang agama,
Semoga pesanan PTD Durjana ini menghentikan sengketa
Kami doakan guru-guru kami dimana jua mereka berada,
Semoga bahagia dan berjaya selama-lamanya,
Moga Allah meredhai akan segala jasa mereka.
Hasil nukilan : MRMZ
credit to : Mohd Riza Mohmed Zuhri
No comments:
Post a Comment