Monday, November 4, 2013

mari kira hari dan bulan

Salam,

Selama pindah tempat kerja baru nih, ada 1 post ke macam takde post cerita pasal keje den kek sini. ok lah, ini adalah petanda kerja kat sini tak banyak yang boleh nak di share. bukan sebab kerahsiaan tapi sebab kemerepekan kerja kat sini.

ok, tempat ni agensi pusat yang ada 600++ staf n majoritinya ialah pegawai.saya sedar akan mala petaka kalo mngayam ketupat kat alam maya ini, tapi apa salahnya kalo berkongsi sesama makhluk Allah. so tempat ni kalo dibaca nama2 bahagian yang ada, kira berbelit la lidah, kerja berbelit otak sebab semua separa sewel kat sini :)

disebabkan pengalaman lepas berkhidmat jadi orang suruhan, kerja kat sini kira tak la mencabar ke tahap kerja dulu. sini banyak membawak status agensi yang so called "agensi pemodenan". bodoh ke hape. kadang2 kena menulis, buat buku la (BOSAN), pekeliling la (tido), khidmat nasihat (serius ni klaka), khidmat runding bla bla bla...

tapi dalam sejuta benda tak best kat sini, ada gak benda berpekdah yang buat kat sini. dipilih jadi pasukan audit dalam untuk MS ISO. so adala sikit pengalaman nak bawak keluar kalo ada yang nak kencing pasal iso. jadi pasukan audit untuk Star Rating, walaupun star rating dikeji oleh semua orang, namun pengalaman tu boleh la bawak keluar kalo kena p tempat org lain nanti.

satu-satu niat masa nak keluar dulu is nak cuba kerja lain selain wat TANAH. dan pengalaman kat sini adalah berjuta batu jauhnya dari pengalaman masa tempat lama. which memang menimba ilmu la.. tapi rupanya ilmu yang saya suka adalah ilmu hitam (erk).. bukan..kerja yang saya suka adalah kerja yang jumpa dan berkomunikasi, bukan membaca dan berpikir samapi beruban. so itulah yang buat saya sedikit terganggu dengan kerja yang bersifat super cerdik camni.

takpa..nanti ada rezeki kita cuba pi tempat lain dan keluarkan semua ilmu yang ada kat sini.. kah kah kah..bodoh tak kelaka
baiklah, hari ni isnin..4 november 2013. semoga tiada lagi mendung dalam belog ni..mari warna kan!

~linkampo~
kawan sehopis




No comments:

Post a Comment