Monday, April 9, 2012

ku abadi kan nukilan rasa kau..

PTD Durjana, 
menghapus jawatan guru mulia, 
akan cemburu yang bergelar pendita, 
hati PTD busuk seperti celaka, 
dengki tak habis merampas takhta, 
selama ini guru yang menjaga, 
indah menawan sebutir permata, 
tempat bekerja, sekolah tercinta.

PTD Durjana,
membuat rancangan memberi bahana,
kepada semua bergelar guru wibawa,
SBPA dihalusi, direka dan dicipta,
untuk masuk ke sekolah di Malaysia,
agar dapat mengguling ketua,
yang arif dialah guru panggil Guru Besar atau Pengetua.

PTD Durjana,
guru tiada memusuhi akan sesiapa,
namun mengapa PTD Durjana,
mulut ternganga seperti buaya,
hendak juga masuk tunjuk kuasa,
di tempat mendidik anak bangsa?

PTD Durjana,
perangai kalian tiada ubah seperti Ravana, dalam epik Mahabhrata,
tiada habis mengaku bijaksana,
hakikatnya kalian pandai tiada ke mana,
kerna dahulu di sekolah aliran sastera!

PTD Durjana,
apa yang guru perlu lebih pelaksana,
bukannya kemasukan PTD Durjana,
kelak di mana guru mencari hala?
habis sudah dirampas semua,
jawatan yang tinggal hanyalah Guru Tua.

PTD Durjana,
berbelah setia tiada kami guru kepada Seri Paduka Raja,
mahupun kepada tanah air negara,
hanya menyampah getik hanya senya pada,
PTD Durjana.

PTD Durjana,
kami guru ramai tiada terkata,
lebih besar dari tentera,
menunggu tiba cukupnya masa,
tatkala di hari dipalu rebana,
jangan sampai kapur berubah keris tembaga, kelak kalian susah sengsara.

PTD Durjana,
ikutkan hati mahu sahaja aku berdoa,
agar kalian mati dalam hina,
kerana habis semua periuk belanga,
ditendang, dipecah porak peranda,
tunggak terbalik kerna angkara,
kau oranglah PTD Durjana.

Namun aku seorang sarjana,
hatiku tidak seperti ular sawa,
hanya mampu ku berdoa,
kalian mendapat pedoman Maha Perdana,
agar hati cerah seperti pelita.

Sekian sudah Cikgu Matno berbicara, andai terasa ampun dipinta, hanya sekadar lontaran suara,
yang tersimpan sekian lama.

MOHD. NOOR BIN ASCAL 

No comments:

Post a Comment