Thursday, April 29, 2010

lagi jiwa lagu cinta

http://www.4shared.com/audio/eVSVqSDa/Anuar_Zain_-_Im_The_Lucky_One.html

Ku persembahkan satu citaku
Setulus hati hanyalah untukmu
Dan ku lakukan semampu aku
'Tuk menyayangimu
Hingga kau merasa jadi pujaanku

Meski bercinta kadang tak indah
Tapi 'tuk buktikan kau yang terindah
Dan ku pastikan
I'm the lucky one
Nikmati cinta
Lebih dari segalanya

Jiwaku dulu yang tak tersentuh
Kini terasa sejak bersamamu
Berikan hangat hingga ku tak mampu
'Tuk jauh darimu
Kerna kau yang bisa buatku bahagia

Caramu membuatku tak berdaya
Mata hatiku pun ikut terjaga
Kau ubah hidupku ini
Jadi sempurna





p/s: izinkan aku temani hari2 mu...wah..masih dalam mode jiwang...
dengar lagu ni time malam2 nak tido, hari ujan2..pasti berkesan di hati...

NAFASKU

Kasihmu
Di luar jangkaanku
Sulit rasanya hidupku tanpamu
Usah kau pergi jauh


Aku berjanji
Cintamu ku bawa mati
Tak inginku mula cerita baru
Diriku teruntuk kamu


Setiap nafasku
Berpesan padamu
Jangan pernah
Tinggalkan diriku


Sentiasa hadir
Di jalan hidupku
Yakini cintaku
Untuk kamu


Aku menanti
Ketibaan hari itu
Saatnya kau mengucap cinta sejati
Dua menjadi satu


Aku mengerti
Kata-kataku percuma
Hingga tiba suatu masa
Semuakan menjadi nyata


Setiap nafasku
Berpesan padamu
Jangan pernah
Tinggalkan diriku


Sentiasa hadir
Di jalan hidupku
Yakini cintaku
Hanya untukmu




Sentiasa hadir
Di jalan hidupku
Yakini cintaku
Untuk kamu


Untuk kamu ku serah segala
Untuk kamu ku beri bahagia
Untuk kamu ku janji setia
Untuk kamu...


Aku berjanji
Cintamu ku bawa mati
Tak inginku mula cerita baru
Semuanya untuk kamu 



http://www.4shared.com/audio/cjijgwJG/Taufik_Batisah_-_Nafasku.html

rasa sakit..

penah rasa sakit kena tinggal seseorang?
sakit macam ada pisau kecik cucuk hati kuat2
sakit macam mengilu luka kena letak air limau..

masih rasa...
terngiang2 lagi..

kris dayanti


** mode jiwang semalam tak abis lagik pas dengar lagu ni..
tajuk lagu omputih "im sori goodbye,"

Sebelum bertemu denganmu, hidupku bahagia
Semenjak bertemu denganmu, ku makin bahagia
Semakin lama, aku s’makin, tahu tentang engkau
Sedikit kecewa, ternyata engkau tak baik
Pertama-tama semua manis yang, engkau berikan
Membuat aku merasakan, cinta sebenarnya
Semakin hari, semakin terung-kap yang sesungguhnya
Ku makin kecewa, ternyata kau penuh dusta
Maafkan ku harus pergi, ku tak suka dengan ini
Aku tak bodoh, seperti kekasihmu yang lain
Terima kasih oh Tuhan, tunjukkan siapa dia
Maaf kita putus, so thank you so much
I’m sorry good bye
Seribu cara kau membuai, ku dengan puitis
Maybe kau lupa bahwa aku, juga manusia
Yang punya mata, telinga ha-ti dan perasaan
Maaf aku pergi, dan tak ‘kan untukmu lagi
Maafkan ku harus pergi, ku tak suka dengan ini
Aku tak bodoh…
Maafkan ku harus pergi,
tak seperti kekasihmu yang lain
Terima kasih oh Tuhan, tunjukkan siapa dia
Maaf kita putus, so thank you so much
I’m sorry good bye

Tuesday, April 27, 2010

kat mana nak start?

pemergian aku ke Pulau Pinang ( ceh macam jauh sangat)...

untuk attend (@ pemeriah majlis wedding kawan aku- best fren la gak, penah jadi cying shoulder dia)..penah dapat surat sedih dari dia after part 6 Diploma kat Merbok..surat ditulis dengan juraian air mata sedih sbb nak abis study..serius ada air mata sebab ink kat surat tu kembang here n there..aku memang tak heran sebab dia memang NING YATIMAH ( **ratu air mata)..dalam surat tu tulis semua no fon adik beradik, mak bapak pakcik makcik supaya aku tak lost contact ngan dia..

tapi...jeng..jeng..jeng,,, kat Arau kami bertemu lagi..tapi dalam kelas yang lain, dunia yang lain. Dunia yang aku kena belajar merangkak balik lepas lama hidup bertatih kengkawan...Al maklum la...notes tiru, kuiz tiru, peksa pakai toyol dan yang kronik skali, toyol pun aku photostat kawan punye... gila malas nak mampus... dan rakan sepejuangan yang malas adalah mala...HIDUP MALA!!!! tapi semua tu aku tak dapat bila kat ARAU.. belajar la ko sendirik, pandai2 la ko nak idop! dan yang magicnye...aku masih idop!!

wedding dia aku tak la emo sangat...cuma terharu skit bila jumpa kengkawan2 yang datang bawak anak..aku ngan mala a.k.a pengapit @ penyempit yang single mingle... walaupun mala masih dengan statement "ini lah pasangan lesbian terbaru aku", sambil menunujukkan gadis comel warga P.Pinang yang naif (officemate), tapi jauh disudut hati aku tau mala kencing aku sebenarnya...ntah2 berderet boypren dia susun kat belakang..cuma tak tau nak pilih je.. lain la aku..jgn kata nak shortlist, senarai pun tak ade lagik!! addddoooooiii!

ok...kawin is not the point ok...kita pulang kepada jalan cerita balik... part yang aku terharu, n aku rasa aku nangis kot, bila family Tikah nak tinggalkan dewan n all the cousins request lagu "kenangan terindah" n dorang nyanyi kuat2 bawah pentas tu beramai2..walaupun nampak macam gile tapi aku tau kenangan sebalik lagu tu between pengantin ni...Masa tu la aku jadik crying shoulder dia bile asik nangis je sampai lencun baju aku kena air mata+ hingus+ dan sebagainya... memang kenangan terindah..

nyatanya, semakin hari aku semakin takut dengan tahun yang datang..ntah apa la nak jadik lagi 2 3 tahun...dengan kerja yang sangat banyak n kengkadang kerja2 tak masuk akal pun, umor dah banyak yang asik dilimpahi soklan2 "bile nak kawin". aku tiba2 rasa macam nak buat hypotheses : kalo aku berada dikalangan kengkawan yang tak kawin (group PTD aku), aku akan rasa selesa sebab ramai tak kawin lagik, no pressure tapi kalo ko berada di kalangan kengkawan yang sezaman dengan aku study (sekolah+university) aku dah rasa macam aku Nasha Aziz, tua, cantik dan tak kawin lagi...oooooohhhh  tidak!!!!

sekian wasallam.........

Friday, April 23, 2010

terima kasih cikgu

bersambutkan paluan kompang..aku ada kat atas pentas untuk anugerah tu.. rasa janggal dikelilingi pendidik2..rasa janggal dikelilingi budak2 pandai yang score straight A's untuk SPM depa..pelik gile dak2 ni..pandai gile...

sorang2 datang ambik anugerah, dengan soklan berbisa pengarah MARA..
"ada kat ne skang? @ watpe skang? berselang seli jawapan yang aku dengar..
'kat uitm, persediaan nak g ireland"..kt UKM, kt UM..kursus aerocraft enginering ntah apa jadah course lagik aku pun tak tau...

jauh disudut belakang dewan, cikgu2 yang dinobatkan sebagai pendidik yang berdiri megah dengan keputusan2 ala-ala flying colours (bak kata omputih) dak2 ni..bangga agaknye, apa yang dia tempik, apa yang dia sumpit bak cupid tu menjadi..

tapi penah terfikir, lepas 10 tahun @ 20 tahun kita tinggalkan sekolah, cikgu kita jadi apa??
dia tetap jadi cikgu...dan masih jadi cikgu...
terima kasih cikgu walupun saya sangat positif cikgu tak kenal saya sbb saya loser kat skolah dulu..


** beberapa kegembiraan aku:
- blog yang aku baca n gile2 baca dah beroperasi semula lepas 9 bulan tak update..terima kasih jebon!!!
- aku nak g kendurik kawin tikah (mami penang)..oooo yeah.. hard rock here i come.
- selepas solat jumaat, seorang lagi kawan aku akan kuar dari kelompak im single dol!!!

:) linkampo

Thursday, April 22, 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2009

PPD (T2)
"sila wakil jabatan"

minit ringkas Dato untuk aku.,.Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2009 untuk MRSM Taiping on 23.04.2010.. Damn!!

Sepanjang aku jadi pelajar, sekolah tadika sampai universiti, aku tak penah naik pentas untuk anugerah tu..jelas lah menunjukkan di sini aku bukan datang dari golongan cerdik pandai..jauh sekali la dapat scholar KPKT atau JPA nak sambung study jauh sampai US..huhu!!

saya orang biasa..yang pernah dapat pangkat 3 masa trial SPM dan juga pernah dapat SAP masa peksa pertengahan tahun tingkatan 4. Saya biasa dapat mark 8% untuk mata pelajaran matematik tambahan dan juga tak hafal jadual berkala sampai kini..

saya sangat nakal waktu sekolah. ponteng g mandi air terjun, mencari identiti dengan memakai pakaian yang difikirkan moden skali pada waktu tu. saya pernah minum coke dan telan panadol untuk rasa apa itu pala "beron". saya juga pernah menghisap rokok untuk merasa sesuatu keluar dari hidung ibarat naga.

saya juga adalah blacksheep kat sekolah. pelajar yang bertuah diletak di kelas aliran sains tetapi pelajar yang menghancurkan peratusan kelas tu dengan keputusan yang bercoret pen merah. saya adalah pelajar yang dulu cikgu sangat aim nak tangkap sebab beberapa lukisan di kain baju sekolah dan beberapa cubaan ponteng yang tak menjadi..

tapi kini tidak lagi..saya stuck dengan kerja yang saya fikir saya patutu rasa bertuah sbb tak ramai yang leh dapat keje macam ni.. saya rasa saya patutu gembira dengan apa yang saya ada. walaupun hidup tak mewah tapi saya tak berlapar,...

itulah perasaan bila saya baca jemputan VIP untuk anugerah itu esok...

Wednesday, April 21, 2010

budget screening..

" saya nak sebijik Triton, untuk masuk hutan nanti"
"saya nak sebijik komputer, full set"
"saya nak set sette, kalo boleh nak kulit"
"air cond kena tukar 70 bijik untuk the whole office"

senario bila budget screening..
masa ni la ko nak mintak apa benda ko nak kat office tu..
dengan justifikasi yang menarik dan penuh debunga-debunga wangi..
kena yakinkan Puan dari Pejabat Kewangan Negeri tu yang garang cam rimau eko kontot..
nak beli paku sebatang pun justifikasi bagai nak rak.. padahal office aku dah kutip hasil berjuta banyaknye..
apakah nilai kutipan dan jumlah pembelian itu perlu justifikasi?
apakah kerja aku dalam air cond yang sejuk tanpa setitik peluh tu pun perlu justifikasi?
 rasa ringan kat mulut aku nak cakap kat Puan tuh..

"saya nak sekeping hati yang suci, berapa kerajaan perlu bayar untuk itu?"

Tuesday, April 20, 2010

sayu hati..

di ambil dari fb org tu:
  
"biLA riNDu..." ~ dedicated this song 2 sumone yg dah 3~4 ari x kol n sms sy..huhh!

tau tak??

macam-macam jadik dalam hidup saya then benda tu jadi weekend.. perlu ke saya cari awak waktu weekend? ada ke masa utk saya time weekend?

sekian terima kasih..

Monday, April 19, 2010

cuti..

beberapa jam yang bakal mengakhiri cuti aku..Tuhan...cuti kali ni yang aku angan2 kan dapat relax..3 hari tapi semua tinggal kenangan..penat nak mati..memang macam nak mati!!!

Jumaat...bermula kisah ngeri aku kena kuar masuk balai uruskan kerja aku yang sumpah aku tak nak wat lagi pas2 nih!!!..melokapkan orang yang dikatakan salah di mata en.polis tapi agak mulia di mata aku..
sepanjang hari yang memenatkan, amik barang kes, amik si Dia bwk tmpat kejadian, dalam ribut dalam hujan..apakah Tuhan bagi sign dat im doin the wrong ting??entah la..nawaitu aku agak baik,semoga tuhan dengar!!buat laporan polis, masuk kuar lokap sbb nak make sure en Dia selesa di lokap..n make sure dia leh bersolat supaya aku tak dpt share kebolosan solat dia kat lokap tu nanti..
dalam badan yang basah, penat dan lapar aku dok kat office n selesaikan permohonan reman en Dia yang perlu aku mohon remannya esok (sabtu)..sedar2 dah kul 9.30..n aku kena antar dak praktikal yang agak baik yg membantu aku siapkan kerja tadik..dalam hujan renyai2, aku masuk kampung dia dan.............zasssss..skirting keta aku sangkut kat jalan dpn umah dia...alamak!!!! jahanam keta aku (kelat muka aku)..episod sedih yang berpanjangan untuk malam tu..

Sabtu...aku terjaga every hour, sbb risau esok nak mengadap Puan Majestret yang aku kira mungkin cam rimau muda yang sakit gigi gerhamnya..dol..serius sangat kerek.. pas mengadap n pertarungkan nyawa melihat wanita muda yang kurang gula dalam senyuman tuh ,aku pun dapat reman en Dia..3 hari!!! oh no...it falls on Monday n Perak cuti!!damn!!!n terngiang2 pesanan bos gua!
" LIN, U SIAPKAN PAPER TU N SAYA AKAN CALL DPP UNTUK SEMAK PAPER TU ESOK"
esok???ye, esok ialah ahad! dammit!!! n buat aku masih di office pada hari sabtu sampai kul 8.30 malam..
Malam...hangat n demamkan aku..

Ahad..paper ku present dpn Tuan DPP yang sanggup datang ofice aku on Sunday semata2 nak turunkan ilmu dia..kan ia satu kerja mulia! walaupun ni 1st time aku wat paper tu, tapi Tuan DPP tak banyak comment..erm, mungkin aku leh tukar kerja jadi cik polis lak..pasti coolkan? dan pas dapat consent nak dakwa si Dia, aku pun tenang n balik rumah...tido!!!!sampai lupa diri siapa..

Isnin...hepi besday Sultan Azlan!! bila aganya saya dapat dok dalam list penerima pingat Tuanku ek?
Azlin Kamaruddin a.m.n, p.p.t, p.j.k.. oh cool!!!
aku ke balai Polis n uruskan utk kuarkan si Dia..jumpa cik polis comel n cun..dan yang penting sangat peramah..en Dia pun kuar dah..aku agak lega..tapi perlu hadir mahkamah 28hb nanti..so..jangan engkar ye..saya xnak tangkap awak lagi tau (nada manje geram)...n aku teruskan niat uruskan En Hubby n hantar ke bengkel...dan kini.......En Hubby hensem dan bersedia bawak i jenjalan....yahoooooooo!!!!!!!!!!!

minggu yang penat tapi ada terselit sedikit kegembiraan utk aku! senyum kelat ibarat

"satu semangat yang bertongkat satu hati separuh nyawa."

 

linkampo









Wednesday, April 14, 2010

sejenak bersama ustazah azlin



"Kenapa sibuk2 nk ckp buruk psl org lain?label org itu ini.setiap org ada keburukan masing2,n by that, diri sendiri tak terkecuali.nabi2 saja yang maksum.baik alim ulama' atau tok guru,ibu bapa atau anak2 tak tentu lagi neraka ka syurga.so?kenapa nk keypo kesahkan keburukan org lain? keburukan kita pulak? jgn sampai aib kita dibuka sbb kita suka sgt bukak keaiban org lain.semua org ada kelemahan and keburukan masing2."


"Syaitan tu licik. mungkin, kita kuat iman, solat tak tinggal, tapi dia goda bg ada perasaan kita lagi bagus dr org lain.
mungkin kat rumah kita ajak anak isteri solat jemaah,tapi dia goda bg mata kita liar,pervert,stare perempuan pantang lepa di luar.
nilah keburukan masing2. kita bukan maksum."



Dipetik dari FB seorang rakan yang aku pikir tgh marah agaknye... Saya mohon ampun..jgn mintak royalty dari saya pliz!!!


Tujuan: Melihat nilai maksum dalam diri..


Kaedah: Tgk cermin, tanya diri.


Isu-Isu.


a) Suka menilai orang.
    Perasan bagus sbb ingat dia bagus..aku memang tak leh blah dgn org gini..Serius wat cerita macam2 sbb konon nak wat aku impress padahal ko tu tong kosong je..Pada aku tak salah ko ngaku kelemahan ko atau ketidakbagusan ko sbb nampak lebih mulia dari cuba bercakap ttg benda yang ko tak tau tapi cuba tipu org sbb nak nampakkan ko tu terror..serius aku meluat tahap nak amik sudu plastik oren tu nak cucuk tekak ko..


b)Kepoci
   Merujuk dari kamus dewan bahasa, aku rasa menatang ni takde meaning rasanya, tapi  pada siapa yang tau, sila sebarkan pada rakan sekerja, sebaya, seseiapa je la. Bercerita ttg   buruk org lain pd org lain.. Macam contoh memindah duit dari akaun saya ke akaun pihak   ke 3..(Merujuk dari transaksi Maybank2u saya). Aku nih pun bukan la ustazah jauh lagi la   wali..Bukan la baik sangat sampai tak penah bercerita ttg org. Tapi kalo nak bercerita tu   biar la berpada jgn sampai aib org tu. serius berdosa dol!!! Kalo kat Padang Mayshar nanti   kena cari org tu nak mintak mahap. kalo org tu rupa manusia, kita rupa manusia takpe   la..Tapi kalo dia macam kambing, kita macam unta mana nak kenal....Berbillion manusia   nanti beb!


Implikasi


a) Berlagak bagus tu ko punya pasal la, tapi jangan sampai satu hari kena tempik "ko tu bagus sangat ke?" mau nya biru hijau muka tu nanti. Bagi aku, rasanya tak hilang bisa ular menyusur akar.. tanya org sbb nak belajar, bukan buat bagus..


b) kepoci- masuk neraka la engkau!


Kesimpulan


Takde menda aku nak simpul sbb aku pun bukan baik sangat. banyak buat dosa..harap2 pahala yang sikit2 aku buat ni leh la meng delete dosa2 silam aku. Jadi, sila beli buku Solat taubat dan mari bertaubat.. jangan "tau buat" je...


renung2 kan dan slamat beramal



Tuesday, April 13, 2010

siapa dia ?

rujuk kepada gambar diatas 
surat pengesahan jawatan abah aku dengan bergaji $ 820.00
tahniah abah sebab tak penah buat kitorang lapar walupun gaji banyak tu
dia seorang pemain bola wakil ape ntah untuk club bolasepak ternama kat Ipoh masa tu
kira habis teror la dapat pass masuk stadium free time 1979.
tapi bapak saya seorang gangster, kata mak saya 
sebab...
jumlah kad merah dia lebih banyak dari gol yang dia score
hebatkan?

ini sijil dia keje LLN sblum TNB amik alih
menurut kertas itu abah saya seorang yang cekap
tahniah sekali lagi

dibawah pula adalah sijil berhenti sekolah abah
sila rujuk no 7..
nilai kebolehan dalam pelajaran di sekolah- D
abah...apa sudah jadi ni?
anda perlu perbaiki diri
dan sijil ini bertahun 1966

tahniah sekali lagi sebab kawin..
kalo dak takde la aku si penulis cerita ini

sekian..wasallam...







Monday, April 12, 2010

cerita ceriti..

kisah kebodohan (kekurangan kecerdikan) aku:

pengalaman pertama masuk mahkamah-
    Puan majestret a.k.a wanita muda yang sangat garang..memarahi saya sebab gelak dalam mahkamah..
    " Kenapa awak gelak dalam mahkamah saya???, Awak siapa???"
    aku dengan wajah agak kehijauan sbab kena marah depan budak2 rempit, budak2 yang mengedar syabu,  
    peragut (yang tgh dengar keputusan mahkamah) bgun dengan nada sedih..
   " Maaf Puan, saya dari Pejabat Tanah, nak belajar buat reman OKT (org kena tangkap)"

*** saya xnak keja jdi majestret sbb saya kena marah org, dan kena jadik garang macam ayam jantan nak  
      bersabung tetapi patah tajinya atau ayam jantan yang palungnya tidak lagi berwarna merah ***

Thursday, April 8, 2010

aku benci fb lak tetiba..

" saya sedang bercakap dgn suami, rindu nya pada dia"..
"saya akan ubah kehidupan anda dengan sertai unstopable, rm 1000 sehari, dijamin...tinggalkan no fon di inbox saya"

antara post2 yang aku tak leh blah!
apa korang ingat fb ni tmpt korang gtau dunia kekayaan korang banyak mana, kgembiraan korang berborak dengan laki korang, ..

aku rasa fungsi en facebook mencipta such a good link gini sbb nak trace rerakan lama, bf2 lama, menyibuk hal org dgn mengview gambar2 org tu, membaca comment2 gambar yang kekadang lucu dah leh bantu aku untuk gelak..

post yang sengaja berbaur menggedik tu tak perlu la nak cerita...
kengkadang aku rasa annoyed sangat..nak aku delete si empunya nama, tak sampai ati..kwn sekolah dulu....so aku pun terpaksa pandang tanpa sebutir perasaan pada post2 yang menjengkelkan kat wall aku tu...

tapi kalo ada gambar2 yang jaman dedulu untuk dishare dan untuk diketawakan...aku sangat lah berminat nak join gelak...

rakaman percakapan oleh aku

miss call....
another sms  and another sms
witout a single reply..
and another call yang aku pick up

aku: eh..tiba2 celcom aku bunyi..rasa pelik la pulak
"ct" : tiba-tiba teringat kat ang
aku+"ct": bla...bla...bla...

after conversation:
another sms

"hang tanya pasaipa aku kol tadi kan, aku dengaq lagu 'cinta'- kris dgn melly, teringat kat arau..teringat kat ang.."

and another sms

"bt there's time when u miss her n she's not there 4 u, jst remember im here, oke?"

sepotong ayat yang tidak menggunakan bahasa ibunda yang boleh difaham oleh aku yang kurang cerdik dan cukup tajam untuk sentuh hati aku yang keras macam kuih lompang basi dalam tudung saji mak semalam...

selamat hari khamis.. lagi!!

Wednesday, April 7, 2010

kejam kah aku? siri ke 3...

saat-saat kritikal
nampak itu sign board?
saya benar2 akn runtuhkan rumah anda...
nantikan..............
operasi meroboh..
kejam kah aku?
siri 3

Tuesday, April 6, 2010

its a sad..

sad world

?

ape jadah upgrade to photobucket nih!

Friday, April 2, 2010

pergi :(

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari

Kau pergi... pergi...
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari
Kau pergi... pergi...

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari
Kau pergi... pergi...
Kau pergi... pergi...
Pergi...

**pagi jumaat yang sayu **
setelah bangun pagi, penuh teka teki dalam otak..
mak pulak terima panggilan telefon:

'ye ke..innalillah...alllaaaa...", kata mak dengan sedihnye...

aku, "sapa mati mak"?
mak: "din beramboi"
aku: 'nape mak nangis'?
mak: 'dia la kawan aku gelak pagi-pagi'
aku: mode blur..........

mak aku...memang suka gelak..time aku bersiap pagi2 nak g kerja tu, slalu aku dengar dia mengilai kat dapur sorang2..bila kau tanya nape, dia kata lawak din beramboi...erm..kpd sapa yang tak tau sapa din beramboi tu, sila la kenal lawak dia sbb mak aku yang kureng tgk tv ni pun gelak lawak dia..tapi kini dia dah arwah.. mak sedih.. xpe mak..nanti lin jadi lin beramboi lak...

yang pasti, kita dipinjam sbentar oleh tuhan kat dunia ni...bila-bila masa pun Dia boleh jemput kita semula..

~al-Fatihah~

Thursday, April 1, 2010

~wink-wink~


buah hati pengarang jantung beta


hipothesis saya adalah....

aku..yang tak de rupa nasha aziz pun. keding je sama...
nasha aziz yang sangat lawa
jejaka itu tiada apa kaitan dgn nasha aziz
semua gambar ni aku curik dari fb nasha aziz..psycho kan aku??

tau tak ape benda paliing menarik berlaku hari ni?bila terjumpa fb pelakon aku minat nak mati (nasha aziz)...sangat la poyo bila kita mengaku ada pelakon yang kita minat..so high skool ok...tapi aku punya suka la aku nak minat sape? i dont give a damn pun sape nak kata aku poyo...yang aku pasti, aku idop gembira walaupun rini april fool .. ye rini april fool n aku betol2 dah kena fool..erk..

kita balik semula kepada perkara asal iaitu nasha aziz..walaupun muka aku dgn dia tersangat lah jauhnye jurang, idong lagi la tak ikut kepalsuan idong dia, segala2nya la..cuma mungkin keding kami sama la kot...dan rerakan2 yang telah merasa menyampah tiap kali aku mengaku aku nasha aziz version idong besar..tabah ye semua!!!

banyak je drama aku tgk dia belakon..walaupun dia sangat fake lakonannya..setiap kali info siaran tv, kalo terjumpa lakonan dia pasti..ye pasti aku akan tgk walaupon cite tu cerita ntah apa2..janji ada nasha..abah pun tau..siap kasik tau info kat aku...
"lin, ni drama pelakon kamu minat tu", kata abah dengan nada yang gembira...

sbnarnya nasha tak de apa spesial pun cuma mngkin character dia yang comel2 (so call) tu wat aku suka..dan yang lebih menariknya...dia tak kawin lagi...so setiap kali org ada tanya aku...

'lin bila nak kawin' (soklan yang paling meluat aku nak jawab)
'nasha aziz yang lawa pun tak kawin lagi, so lin ikut artist la...kawin lambat', jawapan azlin dengan angkuhnya..

jadi, hipotesis dari kajian saya, KENAPA SAYA SUKA NASHA AZIZ adalah, sbb dia tak kawin lagi dan menjadi penyelamat kepada soklan2 barbau longkang tu..

selamat hari khamis!!!

linkampo