Wednesday, December 14, 2011
angan2 dulu....
saya seorang yang sangat malas membaca..tambah2 buku yang penuh dengan ilmu.kalo buku penuh dengan gambar dan animasi, saya berminat..tambah2 kalo berkaler2.. jika terlihat saya sendang membaca, mungkin ia Surat Khabar "berita harian" & "utusan malaysia" aka surat khabar kerajaan dan berjiwa tua, ujar Puan Fiza..
Masa gelora novel Ombak Rindu tengah melanda, saya masih mengaji bak kata org tua2 dulu.. Mgaji kat UITM tgh degree tahun 2003-2005.. Novel Ombak Rindu adalah novel cinta bukan remaja pertama yang saya baca selain dari novel mengarut ahadiat ashah...pencapaian pembacaan saya ke atas novel tersebut agak memberangsangkan kerana mengambil masa kurang dari 2 hari...baca, baca..baca.. dan baca...kira nak kasik habis gak la...Sampai selesai membaca, masih terngiang2 watak2 cerita tuh..kira habis feeling la mbaca sampai angan2 nak jadi Izzah tu melampaui batasan imaginasi..
Asalnye, keratan novel tu ada dalam majalah Remaja yang Ainul Shahidah AKA emp yang langgan..so sebab tak sabar nak tau ending, emp carik duit dan beli novel tu..maka berebut la hamba2 Allah beramai2 ni nak baca novel tu bagi habis..selesai org ni baca 3-4 chapter, org lain lak take over dan baca... sampai la org ke 7@8 yang baca...
Masa tu, takde duit beli novel, tapau nasik satu bekas kongsi 8 org, duit top up hp rm10 sebulan, pergi kelas bjalan kaki berkilo2 meter, panjat sejuta anak tangga... tido setilam 4 orang...
sekarang, saya dan nengok cerita Ombak Rindu dengan keadaan saya yg jauh berbeza dengan keadaan dulu..kadang2 rindu zaman dulu..kawan nagis gelak, kawan pinjam sabun basuh baju, kawan pinjam hanger baju, kawan pinjam selipar jepun sebab nak g toilet, kawan teman g kencing malam2...
Thanks beb...satu hari nanti kita jumpa n gelak2 macam dulu k...
No comments:
Post a Comment