Tuesday, October 8, 2013



Salam,

Bosan da nak buat ayat "lama tak menulis", "lama tak update blog", cliche!! stereotyped expression!!

nah, video baby gemok, nama neelopa :)

Thursday, October 3, 2013

2013

Entry pertama untuk tahun 2013..
bersawang nau belog ni

~linkampo~

Thursday, November 15, 2012

ooohh well

yeayyy..
salam maal hijrah.. saya bercadang nak menulis balik..sokonglah saya..pelisss...

So, mana patut saya mulakan.. dari cerita rumah, ke cerita opis, hingga cerita dalam kelambu?... tetttt..salah... rumah saya takde kelambu.. i guna ridset..ohhh welll..

mari mulakan dengan cerita opis baru saya..semenjak perpindahan saya ke kawasan jajahan baru ni, saya makin kesenyapan..ini adalah diakibatkan oleh kerja2 yang saya lakukan..nak kata rahsia, tak la jugak..bahaya lagi kerja2 lama saya dahulu.. nak kata bizi, tak la jugak, sebab kerja lama saya lagi bizi, sampai air kencing nak kuar ikut mata (angkara x sempat g toilet). tapi saya rasa macam takde menda yang menarik perlu dikongsikan.. just a cerita pergi opis..dan balik opis..

saya ada bos pelbagai level..dari gred 48 sampai la ke JUSA..dan mereka2 adalah berada dekat dikeliling saya..jaman kat state dulu, nak jumpa JUSA tu memang la payah, sebab depa ingat depa dah duduk tinggi macam malaikat..tapi kat sini mereka amat easy access.. mcam mesin ATM..

dan pengarah saya juga adalah JUSA..dia sangat comel dan baik..boleh bawak bincang dan juga boleh dibawak bergelak...suka buat lawak bodoh di masa2 kami dikerah kerja waktu malam...itu adalah sangat bodoh..memang rasa nak lempang..bila dalam meeting, dia akan jadi bos yang garang2 tapi comel..so saya suka dia..tapi kadang2 la...kadang2 rasa nak curah asid kat muka dia..suh senyap sekejap.

ok.tu je nak merepek.. ni sms dia masa raya ritu. pekan Taiping nan indah..rasa nak lempang kan comelnye tu..


~linkampo~
15/11/2012 Maal Hijrah

Tuesday, July 10, 2012




TQ to rozairi... to puan wawa n siti rohaya..berjaya korg buat aku nanes....sobsss...sobsss

aku rindu Taiping!!!!

serius aku nangis gile tgk vdio ni beb!

Tuesday, July 3, 2012

malang musim euro

salam sejahtera..


ini adalah post terbaru...ye amat baru..sebab saya amat takde masa nak hupdate belog ni..bukan takde masa aje, malah tak de hati, tak de limpa, takde apendik...dan takde ape2 nak cerita (selain malas)..


seperti yang para peminat (ehh..minat kah?hingat aku anzalna ke hape?) atau pun para stalker tahu, saya kini dah berpindah ke putrajaya..tidak lagi berkhidmat di Daerah Larut Matang dan Selama. melangkah keluarnya saya dari pejabat juga rumah itu, diiringi dengan tangisan...kawan2, mak n abah juga diri sendiri...driving dari taiping ke kl sorang2, ditemani lagu2 radio sinar fm, maka menangis bagai perempuan meroyan..(saya pecaya itu adalah kerana pms..ye kerja pms..nokhta)..


dikesempatan yang tak berapa sempat ni, walaupun dah hampir 2 bulan saya tinggalkan Taiping, saya nak berterima kasih kepada mak abah yang mjaga saya selama 5 tahun dirumah..si perempuan malas yang balik kerja terus kangkang tengok tv ni..tak akan pernah ada yang mengganti mak jaga lin sebaik tu, gerak bangun pagi, siapkan breakfast, gosokkan baju, basuhkan baju, lipatkan baju, sediakan makan malam, apa lagi yang tak buat? semua supermom buat..jauh dalam hati ni, lin kat sini selalu rindu mak :( ... ok aku nak nangis skang!fine!


buat kawan2 opis, siti, salwa, shemi,rozai, dan sekufu dengan nya, korg adalah peneraju kegemilangan pejabat tu, sentiasa la bawak kapas dan pisau tajam, nak bunuh hati tatkala dimaki bos  kita...maka janganlah kau bersedih wahai sahabat, ada manisnya bila kena marah nanti.mungkin APC dan wang tunai bernilai rm 1000, siapa sangka, siapa menduga...nway, thanks for majlis tempoh hari, walaupun aku nangis sikit, sebenarnya aku nak meraung lagi hebat..tapi sebab aku kan cool..so nangis suam-suam kuku la..


buat kengkawan yang masih menetap di bumi perak, berbaktilah kawan2...bila aku dah jauh kat sini, masih ada org yang call, tanya itu ini..masih ada cebis2 ucapan terima kasih dari org2 yang kita tabur bakti dulu dan insyallah, akan timbul rasa puas sbb tugas kita selesai.. aku tak penah menyesal duduk kat pejabat lama dan tak penah puas serve rakyat taiping..n u all should be proud of yourself beb..


dengan suasana baru kat pejabat, dan rumah sewa..aku syukur..ada kemudahan dan kesenangan tuhan lorongkan.. maybe kerja yang aku buat ni terlampau educational sangat..so aku yang graduate pointer 2.8 ni rasa macam hampir2 lemas, timbul tenggelam la skit..tapi aku percaya, takde org yg lahir terus boleh berjalan..satu daerah aku jaga dengan aman, inikan satu komputer dan satu mouse..ape la sangat..


ok..disebabkan kenduri amzari tempoh hari, post ini ditulis.. mai dan amar,pasangan bercinta masa dpa ni, yang perli pasal blog ni..then aku pun terpikir nak hupdate balik..biarla cerita 2-3 bulan sudah jadik tajuk post2 akan datang..mungkin lepas lima bulan pulak kot...lalalalala...


** sebenarnya bukan komputer n mouse je, ada banyak buku kajian, ada banyak buku library kena baca...dem!!  




miss u all beb...


linkampo

Monday, April 9, 2012

clap-clap-clap

Sajak Khas dari seorang PTD Durjana kepada : Guru Mulia 

Guru Mulia,
Pembela harapan anak bangsa,
Mendidik kami hingga berjaya,
Jadi PTD berkat usahamu jua,
Mengapa penat lelahmu ini yang kamu cerca?

Guru Mulia,
Kami tak cemburu apatah lagi nak dengki,
Kami sedar asal usul diri kami,
Tanpamu guru, kami takkan berada di sini,
Mengapa kami terus dicaci,
Bukankah kami bekas murid yang pernah engkau sayangi,
Didikanmu dulu tak pernah kami lupai,

Guru Mulia,
Dulu engkau pernah berkata,
Hasad dengki, fitnah, keji mengkeji itu mendatangkan dosa,
Sedangkan tujuan kita semuanya sama,
Demi berkhidmat pada nusa dan bangsa,
Bagi membela nasib rakyat dan juga negara.

Guru Mulia,
Kenapa pangkat dan kuasa yang kau pertikaikan,
Rezki manusia di tangan Tuhan,
Siapakah kita hendak persoalkan,
Ketentuan Tuhan sama-samalah kita Redhakan,
Jangan sampai anak bangsa kita berantakan,
Dek hasutan setan durjana yang patut engkau hindarkan,

Guru Mulia,
Manusia ini tidak lari dari melakukan kesilapan,
Mana yang salah kita sama-sama betulkan,
Bukan dengan cara membentak penuh penghinaan,
Kerana itulah amalan kegemaran si syaitan,

Guru Mulia,
Jangan doakan kami mati dihina,
Kan lebih baik doakan kesejahteraan kita bersama,
Membenci sesama insan dilarang agama,
Semoga pesanan PTD Durjana ini menghentikan sengketa
Kami doakan guru-guru kami dimana jua mereka berada,
Semoga bahagia dan berjaya selama-lamanya,
Moga Allah meredhai akan segala jasa mereka.

Hasil nukilan : MRMZ

credit to : Mohd Riza Mohmed Zuhri

ku abadi kan nukilan rasa kau..

PTD Durjana, 
menghapus jawatan guru mulia, 
akan cemburu yang bergelar pendita, 
hati PTD busuk seperti celaka, 
dengki tak habis merampas takhta, 
selama ini guru yang menjaga, 
indah menawan sebutir permata, 
tempat bekerja, sekolah tercinta.

PTD Durjana,
membuat rancangan memberi bahana,
kepada semua bergelar guru wibawa,
SBPA dihalusi, direka dan dicipta,
untuk masuk ke sekolah di Malaysia,
agar dapat mengguling ketua,
yang arif dialah guru panggil Guru Besar atau Pengetua.

PTD Durjana,
guru tiada memusuhi akan sesiapa,
namun mengapa PTD Durjana,
mulut ternganga seperti buaya,
hendak juga masuk tunjuk kuasa,
di tempat mendidik anak bangsa?

PTD Durjana,
perangai kalian tiada ubah seperti Ravana, dalam epik Mahabhrata,
tiada habis mengaku bijaksana,
hakikatnya kalian pandai tiada ke mana,
kerna dahulu di sekolah aliran sastera!

PTD Durjana,
apa yang guru perlu lebih pelaksana,
bukannya kemasukan PTD Durjana,
kelak di mana guru mencari hala?
habis sudah dirampas semua,
jawatan yang tinggal hanyalah Guru Tua.

PTD Durjana,
berbelah setia tiada kami guru kepada Seri Paduka Raja,
mahupun kepada tanah air negara,
hanya menyampah getik hanya senya pada,
PTD Durjana.

PTD Durjana,
kami guru ramai tiada terkata,
lebih besar dari tentera,
menunggu tiba cukupnya masa,
tatkala di hari dipalu rebana,
jangan sampai kapur berubah keris tembaga, kelak kalian susah sengsara.

PTD Durjana,
ikutkan hati mahu sahaja aku berdoa,
agar kalian mati dalam hina,
kerana habis semua periuk belanga,
ditendang, dipecah porak peranda,
tunggak terbalik kerna angkara,
kau oranglah PTD Durjana.

Namun aku seorang sarjana,
hatiku tidak seperti ular sawa,
hanya mampu ku berdoa,
kalian mendapat pedoman Maha Perdana,
agar hati cerah seperti pelita.

Sekian sudah Cikgu Matno berbicara, andai terasa ampun dipinta, hanya sekadar lontaran suara,
yang tersimpan sekian lama.

MOHD. NOOR BIN ASCAL