Thursday, August 4, 2011

setelah berhari2 internet pejabat saya down..kini..saya tidak lagi..

mencuri masa sekejap untuk menulis...walaupun takde mende pekdah nye yang nak ditulis..tapi nak jugak tekan keyboard ni sebab rasa terharu internet boleh di layar semula...wah...layar...memang ayat belia 4B.

Hari ke 4 puasa...rasa tenang semula selepas bala menimpa petang semalam..memang BALA rasanye bercakap dengan org yang sombong dan bongkak..malah berlagak dan macam best, beserta hidung tinggi bak merak kayangan...sehubunggan dengan itu, adalah diharamkan aku bercakap lagi dengan manusia itu..FULL STOP.
sopan kan makian saya? (semperna Ramadhan...  :p )

BALA lagi bile pergi ke parking kereta dan mendapati cermin kereta saya terbuka sedikit untuk pengudaraan microorganisma kereta.. dan hujan ribut semalam telah memberi saya tamparan hebat sampai lebam pipi mulus ni..Basah kedua-dua seat depan kereta macam sofa tenggelam dalam perigi..dan...aku pasrah!!! (mata ke-atas, tangan di bahu- Prof Sir Tap Hatima Nak).

dan berterawih dengan makcik2 jiran rumah sangat best..saat kaki melangkah masuk, ade je yang nak tegur "anak kak leha ke?", "yang ni no berapa?", ...pastu sok sek sok sek kat belakang aku..."dia ni keje bla..bla..bla..", dia ni... bla, bla..bla.." suwiiittt sangat mengumpat terang terangan MAKCIKSSS!!

dan hari ni kita mula kan kehidupan yang baru "ho-ho-holick"

pepagi lagi dah terjebak baca blog org..semua ini terjadi daripada link org tu, org ni kat FB sehingga terjumpa blog "jejari runcing"...wahahahaha..super busybody bile baca cerita putus tunang APEX...dan semakin rasa klon INA MAWI akan mula membuka meja registration untuk mangsa-mangsa popularity duniawi ni...dan aku kedengaran sangat nak membeli pahala kat EX-APEX skang ni..dari pada semua pahala aku ko kaut, baik aku stop..kot-kot ade tuhan nak bagi 12 pahala, jap g tinggal negatif..

salam...eh..kalo korang ak baca jejari runcing, google la..serius nak muntah baca blog org perasan best ni..opsss!!!

No comments:

Post a Comment