Friday, August 26, 2011

entah ape hal la blog ni tak leh nak tulis tajuk post..mungkin kah setiap post saya akan jadi post tanpa nama? atau postmen? posto? postmoterm.. bodo bodo bodo...

hari pertama berpuasa selepas cuti wajib MC approved by BIG BOSS..bersemangat memulakan puasa rini dengan sahur MekD GCB..blergghhh...

hari ni akan jadi last day of kerja sebelum Raya Pose 1432H..kerja masih datang tanpa mengira condition perut tu penuh ke, kosong ke, berdentum dentam ke...memang kejam dunia org2 dah besar ini..zaman aku pakai suar pendek ngan singlet dulu..hari2 aku penuh warna-warni kartun dan ice-krim..tanpa masalah..masalah paling besar kalo nak pikir pun ialah masalah bangun pagi dan harus mandi dan ke sekolah...Bahagia kan?

Sepanjang minggu selepas puasa 15 dulu, lagu raya asik kuar kat radio ni..dan pagi ni siap ada back to back Lagu2 raya kat Hot fm..saya dengar dan hayati..dan merasakan bertapa bahagianye berhari raya dengan mak n abah..tak payah berebut kat kaunter beli tiket balik kampung, tak payah pikir jalan jam nak balik kampung, tak payah pikir cuti raya tak approve..tak payah pikir nak tulis kad raya kat mak n abah..im in heaven bebeh!

Saya suka dengar lagu raya..dan yang paling saya suka adalah lagu dengan unsur2 sedih..
seperti :
 "Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah

Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga"

Lagu2 raya yang berunsur girang, saya hanya akan menyanyi apabila main bunga api..Pelik kan? setiap kali pegang bunga api, mulut mesti automatically nyanyi lagu "selamat hari raya" sambil pusing2 tangan..Magic la..mungkin ia perlu di buat kajian secara serius..ni kerja voodoo agaknye..

ok la..meh nak buat ucapan sikit..sebab nak save budget duit stem..

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin
semua salah yang sengaja dan tidak disengajakan.

# untuk Alang..semoga Allah bagi kesihatan untuk Alang dan cepat sembuhkan Alang ...Lin n Ayong sefamily selalu doakan Alang...salam doa dari kami...

~Mak Lin~








No comments:

Post a Comment