Wednesday, June 9, 2010

tamat sudah!

8.6.2010..tamat sudah semua!
Majlis Fellow INTAn dan Diploma Intan ..

Aku?? ye dah dapat Diploma Pengurusan Awam Batch 2/2008.. yes, im proud of it!
Kerja @ Jawatan yang aku tak pernah terfikir nak join..yang aku pun sendiri tak tahu ape hala tuju kerja ni...aku isi borang, amik test n rezki Tuhan ..aku dapat kerja nih!dan aku patut rasa bersyukur aku dapat kerja...tak merempat atau masih menghantar resume merata, interview kat ofice2 orang..

Diploma Pengurusan Awam (DPA) ..dengar macam senang..ala...diploma je...tapi ternyata ajar aku jadik orang..bukan masuk bakul angkat sendiri pulak..memang ternyata..

hari pertama masuk INTAN, aku sangat cuak sebab kursus ni ternyata dikenali sebagai kursus mendera orang..dan macam yang terjadi kat junior aku sorang yang meninggal baru2 ni..isu yang sama..( yang tu nanti aku story mory k)..aku g sana macam sorang kerdil yang berbekal semangat nak confirm cepat (syarat sah jawatan)..rasa kecik je duduk bila dgn pegawai khas menteri, pegawai khas istana negara, penolong pengarah kementerian bla-bla-bla, bakal2 diplomat yang kelihatan poyo dan amat menunjuk2 pada hari pertama..

dalam hati berkata "korang boleh g mampus..sama je level gred korang ngan aku..gaji tak lebih sekupang pon"..kata2 motivasi diri aku masa tu...aku yang kerdil ni meniti hari2 sukar di INTAN..memetik kata2 penyelia program (PP) "hari2 sukar tak akan berakhir di INTAN"...memang tak akan berakhir..hari2 malang, hari2 rasa macam nak menjerit kat muka Ketua Program (KP) yang mendidik PP nya menjadi kejam sekejam ISRAEL..aku tertekan..dan makin tertekan...

latihan fizikal...jangan nak kata la...memang macam sial..larian 2.4km seawal 6.30 pagi...pusing INTAN yang berbukit bukau tu...modul luar (tentera, polis, bomba, BTN,Outward Bound, anak angkat, modul kemasyarakatan** attached kat hospital seminggu) macam2 modul yang sangat2 memenatkan dan buat aku jadi orang skang nih... muka cantik di sebalik baju no 1 diatas..sila selak siku masing2...semua berparut..kesan melecet, kulit terkoyak setiap kali latihan modul luar...sakit, perit..hati meluap2 tiap kali kena maki...rasa macam nak kumpul ludah nak split kat dahi dorang...tapi benda tu aku tekan kan sekali lagi "ajar aku jadi orang skang ni"....

kawan-kawan
popo- skang PP kat Intan bawah JPA
Tona- Kementerian Dalam Negeri - penolong pengarah Imigresen
Erzny- Penolong Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi
Malis- Penolong Pengarah Pejabat Tanah Galian
Arny- PP Intan bawah JPA
Has - ADO Gerik
aku - pencuci ofis

dorang ni la nyawa aku..yang buatkan hari2 aku tak tertekan..gelak, tido dalam kelas, g mamak sesama, melepak kat DAMAS dan masuk kelas lewat, g minum kat Hartamas naik keta 7 orang...terima kasih kawan2 yang tak penah buat aku rasa aku ni loser..walaupun aku hitam lepas berkayak 9 jam, tak tido dan tak mandi 3 hari, kaki terkoyak tolong balutkan, demam tolong selimutkan, kena maki dan tolong sengihkan dan beberapa lawak longkang yang mengembirakan hati2 setiap kita..perasaan yang tersangat indah nak aku share kan...tak akan terulang detik hebat 6 bulan ++ tu..kita je yang tahu kan?

6 bulan ++ ajar aku jadi manusia...aku kenal orang sekeliling..kenal perangai orang..sapa hari pertama datang dengan eye shadow lipstik merah menyala dah sama busuk n parut lutut dengan aku...rambut sanggul tinggi melangit dah berserabai bile ambush pakai topi tentera, helmet bomba masuk dalam api besar sebesar api bakar rumah..muka hitam legam kena berjemur berkayak atas laut 9 jam++, kencing tak bertoilet hanya dalam laut..biskut gula yang menjadi hidangan tengah hari yang terlazat di alam semesta..semua tu buat orang yang rasa dia bagus sebenarnye duduk selevel dengan kite..ajar aku yang baran ni lebih cool bile kana maki depan muka.."aku menyampah tgk muka ko, ko skuad jump 100 kali"..."korang ptd penghabis duit kerajaan, tak guna, lembik, lemau"..."korang jalan macam pondan..tak guna se sen pun".. semua tu halwa telinga seharian...masa kena depan muka rasa meluap2 darah, telinga dan berdesing tapi skang aku tau..benda tu banyak ajar aku...jadi manusia yang lebih rasional bile berfikir..dan aku rasa bertuah sebab aku PTD..

kepada sesiapa yang nak rasa pahit manis jadi PTD, try la...ni baru sepotong rasa dari perit kerja ni..aku ada another 35 years dalam service dan benda ni aku akan simpan sampai hari mati aku..

thanx INTAN..

~linkampo~

No comments:

Post a Comment