Monday, June 21, 2010

hari tu..masih ingat?

nak tulis pepanjang aku dah malas..tapi aku nak letak cni gambar aku masa kejadian tu..


masih ingat tarikh s.alam di landa todak? eh bukan... s.alam di landa banjir??? hari di mana rumah2 orang kaya kat s.alam di tenggelami sampai kereta2 mahal, perabot mahal semua jahanam....

ni la hari di mana gambar ini di tangkap..hari kawin my super best fren di s.alam.. SHAHIELA AKMA ABDUL AZIZ. lala kawan baik aku..sangat baik..masa ni aku dah abis degree..tgh keje kat penang..

nah..percaturannye macam ni.. aku selaku kawan baik memang dilantik untuk jadi pengapit untuk majlis dia hari tu..baju aku pun dah bling2 ritu.. tapi semua itu tak berlaku... ya tidak..n aku sangat kecewa...

pada pagi hari kejadian..
aku bersama rakan2 sebaya (memang sebaya..semua lahir tahun 82)..ooo tua nye aku..kami bangun tido (setelah menumpang tido di rumah rakan di kelana jaya (wanita bercermin mata bertudung merah/biru) Mala namanye....terkejut dari tido n semua fikirkan makanan..semua mahu breakfast dan mahu singgah di stadium s.alam untuk melihat pasar pagi di sana..

aku teruja, mala teruja semua teruja...kimi pergi kedai makan tanpa memandikan diri..ya kami tidak mandi dan berbau masem....tapi kami tidak endahkan bahan2 usikan di hidung tu kerana kami lebih lapar dan mahukan makanan... ia lebih penting dari sabun dettol (yang hanya dapat di beli di Malaysia)..jadi kami tidak mandi pagi!

sampai di pertengahan jalan...kami xcident..remuk lah kereta my vi baru rakan saya (wanita free hair yang sedang duduk) tikah namanye... setelah terkejut dan tergamam..kami keliru..mungkin hentakan telah membuat tengkuk kami crem dan tidak boleh bergerak seperti papan anjal..

semua risau..aku risau..kereta teruk, perut lapar, kenduri tgh hari nanti..bagaimanakah?????
kami di advice untuk membuat laporan di balai berdekatan di s.alam.. ya kami setuju..tapi kami tersilap langkah.. seluruh s.alam sedang sesak dengan kehadiran h2o (ia adalah formula kimia yang aku ingat, satu2 satunye yang aku ingat sebab aku tak hafal jadual berkala) yang melimpah ruah di merata2..

kami traped nak g balai, kesesakan di sana sini..xcident juga begitu..aku stress,,peluang aku nak bergaya telah musnah..patut la sehingga kini aku tak kawin..rasanya jodoh aku patut jumpa pada hari tu..tapi impian aku musnah..

aku sampai rumah pengantin selelah bersusah payah mencari jalan, menbuat report polis dan sebagainye..wajah kami diatas adalah wajah setelah nangis kesedihan pergi kawin rumah kawan baik pakai jeans dan berkeadaan tidak mandi...saya mintak maaf lala...

sila lah doakan saya ketemu jodoh juga..

2 comments:

sabun dettol said...

wahahahahahhaa... aduhai lin..

kucinbelemoih said...

wah, tragis skali cita ni. leh wat cerekarama tv3 nih..

Post a Comment