Friday, April 2, 2010

pergi :(

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari

Kau pergi... pergi...
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari
Kau pergi... pergi...

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari
Kau pergi... pergi...
Kau pergi... pergi...
Pergi...

**pagi jumaat yang sayu **
setelah bangun pagi, penuh teka teki dalam otak..
mak pulak terima panggilan telefon:

'ye ke..innalillah...alllaaaa...", kata mak dengan sedihnye...

aku, "sapa mati mak"?
mak: "din beramboi"
aku: 'nape mak nangis'?
mak: 'dia la kawan aku gelak pagi-pagi'
aku: mode blur..........

mak aku...memang suka gelak..time aku bersiap pagi2 nak g kerja tu, slalu aku dengar dia mengilai kat dapur sorang2..bila kau tanya nape, dia kata lawak din beramboi...erm..kpd sapa yang tak tau sapa din beramboi tu, sila la kenal lawak dia sbb mak aku yang kureng tgk tv ni pun gelak lawak dia..tapi kini dia dah arwah.. mak sedih.. xpe mak..nanti lin jadi lin beramboi lak...

yang pasti, kita dipinjam sbentar oleh tuhan kat dunia ni...bila-bila masa pun Dia boleh jemput kita semula..

~al-Fatihah~

1 comment:

kucinbelemoih said...

kdg2 hang tu mmg dah mcm lin beramboi pun. hehe..tapi lin beramboi ni lawa la, cam nasha aziz gitu. awwww!!!

pssttt, cpt puji aku plak kaih..! hihi..

Post a Comment