Thursday, April 22, 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2009

PPD (T2)
"sila wakil jabatan"

minit ringkas Dato untuk aku.,.Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2009 untuk MRSM Taiping on 23.04.2010.. Damn!!

Sepanjang aku jadi pelajar, sekolah tadika sampai universiti, aku tak penah naik pentas untuk anugerah tu..jelas lah menunjukkan di sini aku bukan datang dari golongan cerdik pandai..jauh sekali la dapat scholar KPKT atau JPA nak sambung study jauh sampai US..huhu!!

saya orang biasa..yang pernah dapat pangkat 3 masa trial SPM dan juga pernah dapat SAP masa peksa pertengahan tahun tingkatan 4. Saya biasa dapat mark 8% untuk mata pelajaran matematik tambahan dan juga tak hafal jadual berkala sampai kini..

saya sangat nakal waktu sekolah. ponteng g mandi air terjun, mencari identiti dengan memakai pakaian yang difikirkan moden skali pada waktu tu. saya pernah minum coke dan telan panadol untuk rasa apa itu pala "beron". saya juga pernah menghisap rokok untuk merasa sesuatu keluar dari hidung ibarat naga.

saya juga adalah blacksheep kat sekolah. pelajar yang bertuah diletak di kelas aliran sains tetapi pelajar yang menghancurkan peratusan kelas tu dengan keputusan yang bercoret pen merah. saya adalah pelajar yang dulu cikgu sangat aim nak tangkap sebab beberapa lukisan di kain baju sekolah dan beberapa cubaan ponteng yang tak menjadi..

tapi kini tidak lagi..saya stuck dengan kerja yang saya fikir saya patutu rasa bertuah sbb tak ramai yang leh dapat keje macam ni.. saya rasa saya patutu gembira dengan apa yang saya ada. walaupun hidup tak mewah tapi saya tak berlapar,...

itulah perasaan bila saya baca jemputan VIP untuk anugerah itu esok...

1 comment:

Anonymous said...

hahahaha..esok ye majlis tu? kebaya...kebaya...kebaya....


-pelajar tajaan di US-

Post a Comment