Monday, January 11, 2010

ku cari damai abadi..


kul 1.30 jumaat..sampai aku kat Damai Laut Swiss Inn.. untuk kursus RETREAT PTD..
apa jadahnye..ni kursus untuk semua pegawai tadbir dan diplomatik kerajaan negeri perak yang range gread dari super2 Dato sampai la pada gred 41 macam aku..

check in...
petugas; "erm..puan gred apa ye??"
aku: saya 41..
petugas: 'kaunter sebelah ek.."
aku: 'ceh, double standard"

maka aku pun check in dan dah ditentukan rmate aku Has (gerik)..bilik number 558.. cool mengadap laut..aku pun unpack sume benda dan dimintak g hall Damai kul 3 dengan sport attire..aku pun semakin blurr...

task pertama- form a group.. dan aku yang macai ni diletakkan dengan group Datuk Bandar Ipoh, tuan DO Manjung, timbalan pengarah PTG, pengarah jabatan bla..bla... dan beberapa pegawai yang sangat kool..memang sangat peramah..walaupun pangkat tinggi melangit but still peramah..antara yang hadir retreat do manjung, do kuala kangsar, do kampar, do tapah, timbalan setiausaha kerajaan negeri, yang dipertua majlis bandaran taiping, yang dipertua majlis daerah kuala kangsar..semua dato'2 ..dan adik2 PTD yang junior2..

ada explorace, walaupun dah tua bos-bos aku nih, sporting semuanye..join sampai abih..walaupun ada yang lari kejap petang tu g golf, ada yang lari mlm tu g mancing..

mlm terakhir, ada majlis bbq..yang aku makan sampai aku pun hampir pengsan..kenyang gile..tapi yang bestnye, dato'2 aku nih sporting, karaoke sampai ilang suara n seperti biasa, nama aku di petik kwn2 sebagai wakil Junior PTD untuk menyumbang sumbang mambangkan lagu...hampeh..semua nak lepas tengkuk!..

malam indah tu di teruskan lagi dengan karaoke room yang menjanjikan kepuasan sampai kul 1 pagi..nyanyi sampai ilang arah tujuan..ilang suaro den!

hari terakhir, majlis penutup oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' dr abd rahman..senior PTD yang sangat2 blurrr... tapi dengan harapan aku leh cepat naik pangkat ye Dato'!!! actually, retreat PTD ni kasik peluang kat aku n kengkawan Junior PTD jumpe dengan super2 senior ktorng yang dah service 30yrs++..kutip pengalaman, buat network dengan bos2 dan lebih penting....cuba dapatkan scandal dato'2...hahaha...

PTD is cream of the cream...so para pejuang PTD..jgn tido ye tuan2...

sekian, melaporkan...

'saya yang asik2 menurut perintah'

linkampo

No comments:

Post a Comment