Monday, May 23, 2011

mahu pahala..

selalu pikir pasal buat pahala...bunyi macam senang tapi susah aku rasa kot... intro yang menarik untuk post ini kali...hahahaha..ini kali ke kali ini...ok..saya simpulkan dari intro berbaur agama diatas dengan isu diri sendiri..aku rasa ini konflik dalaman diri sahaja..dan tiada yang terlibat..hanya saya dan diri saya...

bila lepas semayang selaluuuuu doa..ampunkan dosa..tu la yang mampu mintak selain dari panjangkan umur ..dan bila duduk sorg2 selalu plak pikir..bila masa aku ada buat pahala...dan kalo pikir2 pulak rasa risau...ishhh mcm psycho..terfikir juga kalo menderma itu pahala..dan sejurus menderma, dan berfikir untuk pahala..dan jadi dosa lak bila tiba2 kalo ada rasa riak dalam diri bila dalam list kertas tu tulis nama sendiri...walaupun seringgit..biarlah tak di tulis wahai azlin..ni mmg kerja unit aku yang asik2 nak mintak derma itu ini..haaa...kan dah dosa tu bila ungkit plak..azlin azlin....haishhhhhh....

ok..kita tinggalkan cerita dosa pahala...

hampir setahun aku tak diganggu seorang budak baik, yang aku kategorikan baik atau lurus bendul...dia datang pejabat masa tu mintak nak sahkan sijil...baik ya rabiii...ok la..dia skema la....aku rasa risau tgk org lurus bendul macam ni yang masih wujud dalam dunia serba gila b*bi ni...dia budak perempuan cina berumur lebih kurang aku 17 tahun ehhh 20++tahun, mempunyai ijazah psychology dari UPM dan warga negara malaysia..

sekali dia dtg nak sah kan sijil
dua kali datang
tiga kali datang
dan berkali2 datang...

semenjak dia datang dan jumpa aku, dia selalu mintak nasihat mcm mane nak apply kerja gov..dia masih tak de kerja tetap..hanya kerja kedai buku, restoran dan kilang baja...memang kesian tgk dia ni..selalu kena buli..mane tak dibuli bile skema nak mati...dah la skema, dan she"s really looks BELIA 4B dengan baju dan rambut dan cermin matanya..haiiishhh

contoh ayat skema beliau:
" cik azlin, apakah pendapat cik azlin jika saya memohon kerja di sana"
"cik azlin, bagaimanakah saya perlu mengisi borang kerja tersebut"
"cik azlin, jika saya mendapat pekerjaan yang dipohon, bolehkah saya memohon pekerjaan lain..."
dan pelbagai lagi ayat yang tak mampu diluah lagi...

kuasa budak ni boleh buat aku tak pergi lunch dan balik lewat sebab tolong sahkan sijil dia untuk mohon kerja lain...berbundle2..dan aku tak terkeluar bunyi complaint pun dari mulut longkang aku ni...memang powerful la budak ni punye impact dalam hati aku..sebab aku sangat kesian kat dia..mcm mane la dia ni nak survive kat dunia sana yang penuh pancaroba tu...

dan hari ni dia dtg lagi..dengan sijil berbundle2 dan wajah BELIA dia..padahal aku sibuk nak mati..dan dia sekali lagi semburkan ilmu hitam dan buat aku sahkan sijil yang beratus helai tanpa sebarang dengusan...huiiishhh hebat la dia ni...

sewaktu dia keluar dari bilik...aku wish good luck dengan kerja dia sekarang sebagai jurubahasa di Kementerian ape ntah..yang hari2 kerja dia baca paper cina dan translate into bahasa melayu..walaupun dengan status kerani..at least ade gak yang sudi nak terima dia kerja..

dan dia kata pada aku:
" saya ingin menjadi macam cik azlin, mempunyai kerja yang baik..bolehkan saya dapatkan no telefon cik azlin semula??"

dan aku menjawab (dalam hati) " demm...mati la aku kena kacau lagii..no lama yang kasik aku dah terminate.."

dan menjawab di mulut: 012555**** (apakah aku di ilmu hitam lagi???)

harap ni adalah pahala untuk aku nanti.....

p/s: al fatihah untuk adik2 Rumah Anak Yatim dan Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat.
 Semoga roh kalian di tempatkan di kalangan org2 yang beriman...amin...


dikabarkan ini gambar terakhir sewaktu latihan nashid sebelum kejadian tersebut... al fatihah....


~lin kampo~



No comments:

Post a Comment