lama dah tak menulis..selalu perbuatan menaip telah diganggu oleh kerja2 mengelap dan mencuci pejabat yang hadir tanpa hentinya...ya..ini cerita dongeng...
rasa nak menulis macam2...dari mula bukak mata sampai la mata bukak untuk hari keseterusnye...jika lah ia di translatekan dalam bentuk penulisan ...pasti nye berkajang-kajang dan bershah-alam-alam ehhh ade ke?? ye...ini juga cerita dongeng...
mari kita mula kan dengan kisah mak saya...saya sayang mak saya..tuan-tuan dan puan-puan...dia lah nyawa saya...sila ambil perhatian akan cerita yang akan saya tuliskan...iaa cerita benar....ya..bukan dongeng...
para hadirin sidang jumaat yang saya kasihi sekelian....ehhh tiber...ok ok serius...
last jumaat, saya membawa ibu ke hospital Colombia untuk ujian memogram...mak kata ada ketulan di sebelah kiri breast beliau...(dengan izin tuan speaker) kalo sata tulis te**k, saya rasa nak tergelak....hahaha... melalui memogram tu, telah disahkan bahawa ada ketulan bendasing di kawasan tersebut...maka saya cuak..mak puan cuak...kami terus ke hospital dan mendapatkan advice dari doktor pakar..mak saya diseparuh bogelkan oleh doktor itu dan terus membuat keputusan untuk mengeluarkan bendasing itu..namanya biopsis(kalo tak salah saya lah..) ok..untuk makluman semua Biologi saya dapat 5..so mmg tak pandai la..atleast bagus dari ujian semester saya yang selalu dapat 8 @ 9 je... ok...fokus azlin....kami terus dapatkan tarikh pembedahan iaitu pada keesokan harinya (sabtu)..saya cuba cool...sebab mak saya tak nampak cool dah sepanjang hari jumaat itu...
mak dibedah..dan saya menanti di sisi katil beliau dari pagi hingga beliau sedar sepenuhnya yakni petang..jam 6...tabahkan saya?...kalo tak, beliau asik lalok dan tido..pening dan muntah..mungkin kesan ubat bius tu...serius saya risau..keputusan masih belum saya perolehi...dan saya berdoa supaya ianya bukan cancer...saya mahu mak saya sihat ..saya sayang mak saya... dan ini bukan cerita dongeng...
cerita seterusnya...baru2 ini..saya dah berconfess dengan rakan hidup saya tentang semuanya...tentang apa yang jadi dan apa yang telah jadi...dan apa yang patut jadi dan tak patut jadi..tapi yang jadi dah pun terjadi dan yang terjadi telah membuat semua yang terjadi akan terus terjadi..terima kasih atas semua yang telah puan berikan sepanjang hidup saya...saya doakan semua selamat seperti yang puan mahukan...ya..ini juga bukan cerita dongeng..
cerita lagi...saya didatangi beberapa kes yang menyayat hati..ala-ala sinetron indonesia pun ade..ditipu penjahat dan merampas tanah ..dan yang hebatnye tak tahu borang yang disign itu adalah borang tukar milik tanah..kejam kan duniawi ni??? dari segi perundangan nye..saya tak pasti la ia adalah diterima atau tidak...jika dia nak menyaman pihak penjahat kerana dia telah membuat perkara itu dibawah sedar...pun saya tak pasti.. saya cuma boleh bersimpati dengan kamu wahai atok...tabahlah menjalani erti hidup ini...semasa saya dalam perjalanan ke ofis pagi tadi, terbuka station radio ceramah agama...nak tukar station lain takut disambar petir..maka saya pun dengar dengan RELA hati...kata ustaz itu, doa2 org yang makbul:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.
Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.
Cara-cara Berdoa:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yangbersungguh-sungguh semasa ia berdoa".
2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dansebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa,khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekalimemohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut AsmaulHusna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalahserta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).
mari mencuba..dan selamat beramal :)
~linkampo~
No comments:
Post a Comment