tak penah tak gelak kalo baca entry Jebon..memang pelik...walaupun cerita tu aku baca banyak2 kali...serius(angkat tangan berikrar) memang banyak kali .. aku siap menghasut kawan2 masa DPA membaca belog tu bagi memberi ketenangan mental setelah arahan menghafal Surah Yassin di keluarkan pihak2 tertentu.. makanya..aku redha..menghafal sambil tgk tv dekat bilik yang maha hebat kat INTAN tu.
masa aku kecik dulu mak penah kata atau dengan ayat lebih manis bergosip dengan mak2 sedara aku...
"azlin ni kalo dah besar mesti kaki gaduh", kata ibu sambil mengunyah sireh..eh..tiber..
sampai rini aku tak paham akan keterangan tu... rupanya, asas yang diguna pakai oleh gerombolan makcik2 aku tu adalah berdasarkan mata aku yang besar dan seringkali menjeling org dengan tenungan yang annoying (mungkin).. lantas, mak dan makcik2 aku telah mengeluarkan kenyataan keji kata aku ni kaki gaduh.. walaupun aku tak penah gaduh pakai kaki, tapi ability gaduh pakai gigi dan suara aku rasa mungkin mampu kot...
masa aku kecik dulu, tapi tak la dulu sangat..(sebab saya masih muda)..
aku ni pro semua game kat rumah aku.. dari main daun terup (indoor), ke atas padang (rounders), main gasing (traditional), main zero point dan segala macam..semua aku reti..dan selalunye semua org nak geng dengan aku, sebab posibility nak menang tu tinggi...so aku memang la hero (tahap 2) sebab abang long aku masih pegang tahap 1.. so aku tak nak la jadi ingkar akan kuasa abang long aku... semua game aku main nak menang,,,mesti nak menang.. biar la sampai bergaduh pun..serius keji kelakuan aku dulu... kalo kalah , balik umah nangis2.. dan tat kala menjengah pintu rumah...
mak menanti...
"kamu masuk bilik air skang", kata mak sambil melibas aku dengan patang penyapu lidi...
"kalo balik muka berselut, baju kotor, kaki berkerak (sinonim dengan kaki kotor tahap nak mampus)..
biasanya perilaku mak memandikan aku waktu petang sangatlah ngeri jika di imbas..siap package, mandi (berdebuk debik @ bunyi pukulan tengah belakang), syampoo rambut berselang seli tarikan rambut hingga kaki tak cecah bumi, gosokan badan tahap ala2 mencuci tandas lelaki yang sangat hancing...
lepas mandi, adalah diharamkan nak keluar rumah...semua adik beradik dah pakai baju tido (specific baju sahaja) dan menanti waktu senja nak pergi mengaji..lepas maghrib, semua kena g mengaji..
sebelum tido malam, selalu dapat tgk tv sekejap, n tido ramai2 depan tv..semua adik beradik...kalo dok bergaduh lagi pasal semua tak nak tido tepi, memang mak akan buat terjahan maut kat tgh belakang, smp tergedik rasa mengeliat badan...
pehtu sengih2..buat "padan muka" thumb up.. erk..rindu la plak...
dah lewat..jom balik...sebelum benda2 pelik datang kat bilik aku pulak... nauzubillah
No comments:
Post a Comment