semua berbaur kemerdekaan...
rancangan tv, lagu kat radio, rupa bentuk luaran opis aku xcept kereta aku..satu bendera pun takde.. sape pun tak mo kasik adiah mendera kat aku :( .. takpe..ia tak bermaksud hati kamu tiada semangat tu ..(sambil nyanyi lagu omputih)..sungguh berhati penjajah ko azlin!
aku ni zaman dolu, belajar sejarah sebab spm je..tak pandai sangat nak berjiwa patriotik..yang aku tau, ada omputih, komunis n jepun yang hegeh2 sangat nak negara aku ni a.k.a malaya zaman dulunye..tapi sejak 2 menjak ni, mungkin atas faktor umor juga, aku rasa semangat cintakan negara aku semakin bertambah..rasa macam baru lepas minum milo (minum milo anda jadi sihat dan kuat)..
kat tv sedang aktif dengan rancangan2 kemerdekaan..dokumentari la, drama la, filem la...masa kali pertama aku tgk filem Hati Malaya 1957 (kat wayang ok), walaupun masa tu ada < 7 org dalam wayang, aku nangis ok..sebab masa tu tengku takde duit nak g england..org kampung kompol2 duit nak tolong tengku..adakah aku terlalu emotional atau sisa-sisa pms yang stimulate butiran2 air mata tu kuar..dem!
** untuk pengetahuan, semasa Hati Malaya ditayangkan kat INTAN, gua tido ek...tak nangis tau!! (untuk perhatian has kuale, has gerik, izan, mai dan sengkatan dengan korang).
sambungan.......
lepas malaya kena serang dengan askar jepun (owner pada iklan nippon paint..serius aku suka watak cat dalam iklan tu, cute gile)..rakyat tanah melayu hidop susah..aku sempat berwawancara dengan tok (a.k.a bekas askar melayu) masa tok kat sini tempoh hari...walaupun tok aku ni pekak, aku dengan sabarnye tetap layan cerita ceriti dia..semua dia ingat...kem2 askar dia, hutan2 mana dia masuk...jepun ni gile kejam...mak aku kata, dia seksa org kampung dengan kasik minum air sabun kenyang2, pehtu pijak sampai mati,...serius nobita dan sedara2 dia kejam...maka jangan tgk cerita doremon...tu semua anasir jahat je!!!
pas jepun blah, ada pulak geng2 komunis yang berhajat nak kan negara ni..maka menyusup la si cina2 yang diketuai Chin Peng..ni pun jahat jugak..keje nak siksa org je...baru2 ni aku tgk dokumentari kat tv, time darurat tanah melayu, camne british nak kasik komunis ni fed up..(catuan makan, hijack sistem wireless n yang paling sempoi, kasik habuah USD250 ribu pada sape yang dapat tangkap idop/mati ketua2 dorang)..dem!! dan yang paling best, org komunis sendiri yang belot..bunuh ketua sebab nak duit...beb..ingat la...kat luar tu ada berjuta CA YA NUN ALIP yang teringin nak kasik kita melayu tersungkur kat bumi sendiri...aku bukan berpolitik, cuma ingat mengingati...
pas komunis berambus..maka tinggal british yang tadbir tanah melayu n bergelut dengan politician kita nak merdekakan malaya..itu gua takde isu, sebab apa yang british tinggalkan kat kita banyak yang mirip pentadbiran kat sana..perundangan (undang2), pentadbiran tanah dan beberapa lagi yang digubal beridentitikan Malaysia..aku kerja hari ni pun menyambung legasi omputih2 zaman british dulu je...
so after Merdeka, kita survive sikit2 sampai hari ni...sampai aku rasa Malaysia agak maju la..berdaya saing dan yang aku dengar baru2 ni ada di kedudukan 37 negara maju (correct me if im wrong)..tapi ko leh berdiri tegak dan proudly kata ko Malaysian sebab kita dah maju n tak berhutang dengan world bank yang mempunyai udang disebalik mee (cmne thailand n negara2 lain suffer skang)..
tapi hari ni, aku rasa tak ramai yang tau kat mana susahnye org dulu nak bergolok bergadai berperang nak merdeka atau pun nak dapat seguni beras...camne susahnye idup dalam darurat (ada 2 jam je leh kuar rumah, n the rest dok diam2 dalam umah)..zaman skang, semua ada..bosan2 surf internet, chattin, tgk tv, dvd, kuar shopping...yang menikmati macam kita ni, mungkin akan lupa diri..makin lupa sebab semua nya senang...
dan yang buat aku menyirap darah, bile tau bendera negara aku dipijak2, di bakar2..pejabat kedutaan dibaling najis2..bodoh gile...kalo korang rasa negara korang merdeka dengan darah n korang rasa korang jantan, baik la korang pikir camne nak majukan negara korang...jangan asik nak tunjuk kat org lain je, padahal tak cermin diri sendiri...
**sila jangan saman saya..saya tak berpolitik coz politic is sux.. saya cume kasik kesedaran kat diri sendirik n kengkawan2 yang membaca..
selamat hari merdeka yang ke.... alamak lupa! dem!
~linkampo~
No comments:
Post a Comment