Friday, July 2, 2010

sehari selembar benang.

ape maksud peribahasa di atas?
entah...rasanya "sila la jahit butang baju dengan benang dan jangan biarkan baju tak berbutang kerana ia tampak seksi"..

tajuk post dan cerita nak story mory ni lebih hebat dari benang dan sehari atau selembar..
kisah tragis pemergian ke INDIA..ye saya dah kembali..dan sudah bermula kerja semula dan masih menaip di pc kepunyaan saya sendiri di ofis..bukan benda ajaib..

tiket di beli pada awal January 2010...awal bukan??sangat awal untuk perjalanan bulan Mei 2010..5 bulan sebelum..aku+has hanyalah parasit yang meletakkan 300% kepercayaan dan tanggungjawab pada popo..dari tiket, hotel, dan semua itenary..kami adalah bos kepada bos,,dan kini tibalah masa kami mendapat habuan masing2. petang sebelum flight ke india, aku dah ada kat kl dan sudah bersiap packing untuk kesana dan baru kami sedar yang kami tak apply visa.. popo terlupa sbb dia ingat dia dah apply...DAMN!!! jam pukul 6.20 petang...flight ke india 6.10 pagi esoknye..damn!!!dan esoknye adalah cuti wesak..kedutaan of coz tutup dan kami masih lagi berusaha....dan usaha...terus usaha...popo call semua org2 berkuasa di immigration Mlaysia+ wisma putra+ketua kampung+jkk kampung pinang dan semua cable yang kuat..namun hampa!

beli tiket baru setelah mengorek semua duit simpanan dalam tabung ayam..syiling 1 sen juga berfungsi masa tu..dan aku akan pergi semula pada tarikh baru 24-27 jun..telan air liur dan memujuk hati sendiri bahawa bukan rezeki aku...berbunyi sangat bodoh tapi memng itulah habuan yang patut aku dapat sebab serah semua keje kat popo...dia terlupa sebab terlalu banyak sangat tiket flight yang dia beli untuk tahun ni n tahun depan dan dia lupa yang mana satu ada visa n tak de visa..aku halal kan je popo!!

24hb jun
fligh pagi 6.10am..perjalanan ke airport (kereta dipandu oleh abby si supir) pukul 4.30 pagi..smp sna n check in dan makan di old town..leka sehingga nama di announced untuk kali terakhir utk flight tu..maka berlarilah 2 wanita tabah ni...immigration belum lepas lagi...beg tak check lagi..maka popo menggunakan kuasa cinta dia untuk menggoda pakcik immigration. maka kami telah potong q..wah...berlari sakan kami dalam airport seperti mencari ibu ayam yang hilang...lari..dan lari...sehingga kami jumpa pintu ke syurga...maka terbanglah kami!!!!!

sampai india..trivanthampuram (nama omputih depa trivandrum)...lokasi berhampiran laut..aku nampak pokok kelapa merata..
"oohh.. kawasan tepi laut ye po", kata aku kepada popo
"tu la pasal, tak buat researh..kat bumi mana ko sampai ni pun ko  tak tau", kata popo mengsmach aku..aku blur!!!
maka naiklah bus (aircond) ke bandar trivandrum...pemandangan sekeliling hebat..dengan budaya dorang n pakaian..sama seperti korang tgk cerita tamil pukul 12.30 petang kat TV2..kamu tau apa tu cerita PADAYAPA? itu la keadaanye..hari pertama hebat, pusing keliling bandar trivandrum..lawat semua tempat pelancongan dorang..rakyat dorang sangat ramah dan berminat nak tanya dari mana ktorang datang sebab berpakaian pelik (tak bersari mcm awek2 kat sana)..dan terlebih ramah sampai ada stalker yang ikut bontot ktorang smbil mengenyit2 mata..horror kan?

25hb jun..
breakfast megi dan air milo..di tambah dengan sajian hotel( bread butter jam) yang di sebut dengan loghrat INDIA..dan aku bertanya 3 kali..ape jadah la budak ni cakap..aku tak paham.
hari ni hari bershopping di bandar trivandrum..pergi semua kedai sari dan semua kedai dalam bandar..tmpt ni agak maju sebab selang 2 kedai ada jual sim card dan top up..tapi yang menjadi menyampahnye, nak beli simcard je, macam nak apply loan umah..nak gambar bagai..aku pun tak paham ape benda dia nak buat dengan gmbo aku tuh!..petang tu ktorang pegi menjelajah ke pantai berdekatan, KOVALUM BEACH..cantik  lautnye n ombak kuat..aku tak berani g dekat sebab ada life guard yang sangat rajin kerja asik nak blow wisel je...so aku pun tak nak jadi mangsa seterus pakcik berkenaan.kami masih bernasib baik sebab pergi dan pulang masih ber baskan aircond...kasta tinggi la kononnye..

26hb jun
bangun awal sebab tourist agent dan janji nak bwk kami ke kanyakumari..hebat tempatnye..sampai di office dia, dia kata semua business ari ni tak jalan sebab ada mogok..semua kedai akan dipecahkan kalo beroperasi, bas n teksi pun tak jalan...bayangkan ape aku rasa...erk..rasa oren!!!
huh..semua tak beroperasi then kami pun cari alternative..g naik train...cool..g india kalo tak naiok train adalah satu kerugian besar dowh!!3 jam dalam train yang berkasta tinggi..mintak class terhebat hanya rm 14 shj..hebat kan?sampai di kanyakumari banyak tempat ktorang lawat, wax museum, mahatma ghandi dan mcm2 lagik..

sampai la detik untuk balik..aku tungu punya tungui punya tunggu, bas tak datang2..malam..gelap kat stesen bus..keadaan makin lengang..takut seram dan menggerunkan..semua yang ada keliling ktorang gelap belaka...lokasi sangat jauh dari hotel..tanya taxi dia nak charge rm150..gile ke hape?
setelah bermanis mulut dengan en penjaga stesen bus, dia kata kami kena naik bus lompat2..kena naik dari kanyakumari ke trivandrum..bertukar stesen...kali ni nasib kami tidak baik..dihimpit berpuluh lelaki sasa berketiak busuk dalam bus open ari @ tiada air cond..hampir membuat hidung kami rosak sistem sarafnye..ohhh seram..sampai di trivandrum kami rasa nak buat sujud syukur..lega dapat sampai hotel..

27hb jun
pulang fllight seawal 8.10 pagi.. :)

sekian laporan dari tempat kajadian..

2 comments:

Anonymous said...

tipu..bkn laporan dr tmpt kejadian..laporan dr tmpt keje..lalallaalalal..

mystique said...

wah sesedap oren memanggil aku supir.

Post a Comment