Kepada,
Dato'Mahmod Morsidi
Salam Sejahtera,
Tujuan saya menghantar e-mail kepada yang amat berhormat diatas sebab ingin membuat satu aduan terhadap pusat peranginan yang tertua di Taiping Perak iaitu Bukit Larut.Seperti sedia maklum saya juga telah pergi ke pusat peranginan terbabit bagi memperkenalkan pusat peranginan yang begitu menarik kepada suami saya yang bukan anak kelahiran bandar Taiping.Pada tanggal 27.4.10 (selasa) saya dan suami serta keluarga pergi keBukit Larut ingin menghabiskan percutian kami untuk menghirup udara yang segar diatas bukit.Tapi pada tanggal tersebut kami satu keluarga serta keluarga yang lain ditimpa malang dengan keadaan sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab yang turun dan naik tanpa membunyikan hon.Adakah wajar mereka ini bersikap sebegini walaupun mereka telah mahir dalam pekerjaan ini selama mereka bekhidmat bertahun-tahun?Bagaimana pula dengan nyawa yang mereka bawa sebanyak 8 orang?Walaupun emak saya hanya cedera ringan dan adik perempuan saya hanya pecah darah dibahagian bibir tetapi trauma mereka hendak pergi kesana mungkin tidak lagi..serta saya dan suami.Saya yang berkhidmat diperhotelan tidak mungkin akan memperkenalkan kepada pelancong asing jika mereka ingin pergi ketempat menarik dan pusat peranginan yang tertua dibandartaiping sekirannya pemandu-pemandu ini tidak ada rasa tanggungjawab.Bukan saja bandar Taiping dapat malu tetapi Malaysia juga dapat nama yang buruk.Kepada yang amat berhormat saya harap pemandu-pemandu ini diberi denda sebagai mengingati dan ada rasa tanggungjawab.Sebelum itu saya juga mengucapkan terima kasih pada Pn.Azlin dan En.Nasir kerana memgambil berat terhadap emak saya.Disini juga saya sertakan dengan gambar semasa kemalangan tersebut.
Sekian Terima kasih.
Emelia Ahmad
**bersalahkan aku yang cuba jadi hero pada hari itu dgn melawat makcik tu di klinik, Dato' jgn pecat saya....pliz..pliz...**
4 comments:
kesalahan pertama:
yang berhormat adalah untuk ahli politik.kepada penjawat awam yang masuk dewan je di adress yg berhormat..selain daripada itu.. Yg Berbahagia..
Kesalahan kedua:
typing error
Kesalahan ketiga:
Puan azlin ( saya masih lagi cik)
kesalahan keempat:
memang driver bukit larut loser!
wahhh...hang ni mesra rakyat sungguh la Lin. pasni leh jadi YB Azlin. perghh!!
kucinbelemoih:
aku ni memang wakil rakyat farah ooi...amik tahu masalah rakyat n tolong amik hati depa skali..lalalalalala
melawat tu bawak basket fruit x skali azlin?
Post a Comment