aku tahu perasaan itu, sebab aku baru lalui..serius ia bagai pisau tajam menghunus lapisan perutku..
ceritanya begini...aku dan kengkawan berniat suci nak mengcelebrate birthday kwn aku (atau lebih dikenali sbg has grik)..bukan kamu ye has kuale...sila jgn perah santan!! venue yang dipilih oleh seorang rakan (yang aku pikir mungkin mempunyai jumlah wang yang banyak dalam akaun beliau) adalah di Italianese kat Garden.. punyalah aku tak reti sampai spelling italianese tu aku pun tak tau betoi ke dak.. kamu tahu Garden bukan?? mall sebelah mid valey yang aku kira agak exclusive dan nama2 kedai yang payah aku nak sebut...
aku dah sampai awal...datang dengan t-shirt, jeans dan slipar, dan beg kilat2 version Trivandrum (sebab ini je attire aku kat Phuket nanti)...so aku pun berjalan dan berlegar2 di mall yang so call exclusive tu..
aku kira2 uwang dalam poket...bimbangkan wang tak cukup sebab nak makan kat restoran ntah ape jenis makanan aku pun tak pasti..maka aku pun buat permohonan:
"has, aku nak g cucuk duit kat atm", ujar aku..
"ok" balas has..
sampai di mesin atm (garden so call exclusive)..ada dua awek yang tgh que...mungkin baru balik kerja kot...dengan hills, handbag dan jam warna sedondon (puple) aku pun buat muka tin sardin berbaris...
awek no 1 tgh cucuk duit dan dalam masa yang sama si purple psycho dok tgk aku atas bawah, atas bawah...mungkin dalam hati tgh mgumpat aku...cis!!!!melampau kau perempuan gemuk purple!!!!!menyedari hakikat itu, rakan2 aku yang lain juga memerhatikan si psycho purple keluarkan duit..antara perkara2 bodoh yang dia buat.
- berbicara dengan rakan (awek no 1) dengan menggunakan bahasa omputih..mungkin untuk buat aku impress..erk...mungkin la...tapi so manglish la dear!
- telah memilih bahasa inggeris juga untuk menu operasi mesin atm tersebut..tetapi..so kesian, dia tak tau nak pilih current @ saving account..so dia pilih current..padahal duit dia dalam saving.. "ko ingat ko ada business besar ke si gergasi purple???" (maka dia kena cancel untuk kali pertama)
- kali kedua beliau masukkan kad dan masih memilih English...dan kali ini dia pilih saving...tapi rupanya duit dia tak cukup untuk keluar even rm 50... so cancel untuk kali ke 2..
- ambil kad baru dari wallet yang aku pikir beli kat down town kot...cubaan withdrawl untuk kali ke 3..pilihan masih lagi diva (oh so mat salleh ko...dinasor)..sekali dia kuar duit RM50 atau lima puluh ringgit Malaysia sahaja.. fine!!!! aku pikir ko anak Dato mana tadik!!!
Saya tak berniat nak kutuk orang, tapi saya tak suka dipandang macam tu..mungkin slipar saya nampak berselut tapi jgn pandang saya macam saya tak de duit dan mengemis untuk duit2 kamu dalam atm itu!!!
pengeluaran uwang saya nya lebih banyak dari jumlah yang kamu keluarkan tu Dinasor Purple (Barney)!!! kamu betoi2 buat saya marah dan keinginan ketawa beramai2 itu telah saya lunaskan bila membuat sesi umpatan bersama rakan2 di restoran italy tersebut.walaupun sampai detik ini saya tak tau apa yang saya makan malam tu..rasa macam makan tomato basi yang dilumat2 dan karipap gergasi yang kurang menarik...
saya suka makanan malaysia ... 1 Malaysia.. Perak No 1..Selangor No 2, negeri2 lain no seterus2nye!!
~linkampo~
