12.30 tgh hari... 11/3/2010
(perbincangan melalui fon)
Zainal Badri: Cik, nanti ada 2 pihak nak datang berbincang untuk selesaikan isu duit pampasan.
Aku: So saya kena buat ape?
ZB: Jadi hakim..
Aku: wallawei!!!
3.00 ptg hari yang sama..
Kelihatan sayup2 wanita tua dan suami dan pasangan adik beradik tgh melepak menunggu aku masuk bilik mesyuarat tu..dengan senyum sumbing aku pun ajak dorang msuk bilik mesyuarat..
sebelah kanan aku, pasangan suami isteri (pengusaha tanaman kelapa sawit)
sebelah kiri aku, pasangan adik beradik (yang mendapat kelulusan tanah)
Isu yang dibincangkan: DUIT!!!!
pasangan suami isteri dah usahakan tanaman hampir 5 tahun.. n cost dan kederat tak terkira banyaknye, tapi tidak mendapat kelulusan tanah atas sebab si adik beradik adalah waris kepada tanah tersebut.. maka atas keputusan berat kepada waris bukan yang usahakan...
jauh disudut wajah pasangan suami isteri ni terpancar rasa kesal sebab tak dapat memiliki tanah yang diusahakan..namun memohon supaya jasa baik adik beradik ni bayar cost usaha yang telah dorng laburkan..
dah yang tragisnye, pasangan dua beradik yang macam bagus ni, sangat la belagaknye..tak nak berbincang mengikut norma adab melayu..aku rasa nak sekeh2 je org tua tak sedar diri ni..
kesimpulannya, ats perbincangan bersama, aku berjaya dapatkan harga pampasan rm 35000 yang perlu dibayar pada pasangan suami isteri ni... kerut wajah wanita berumur 60an tu nampak sedikit harapan walaupun sebenarnye harga 35k tu tidak setimpal langsung..
dan dia melangkah keluar dari bilik tu... longlai......
dan yang paling aku sakit hati: 2 eko beradik tu dah berkira-kira nak jual tanah tu pada org lain..
part yang aku paling suka sekali adalah: urusan kebenaran untuk jual tanah perlu melalui aku, so org2 tua tak sedar diri, jgn harap aku nak lulus!!! ooo yeah!
moral: dalam perbincangan aku kena jadi sangat adil pada 2 pihak tapi sebenarnya atas naluri aku sebagai manusia berperikemanusiaan, aku nak makcik tu dapat lebih dari tu..tapi pampasan adalah mengikut guideline Jabatan Penilaian..
nyatanya, keputusan adalah keputusan walaupun rasa pahit nak buat..
~linkampo~
4.52 ptg