Tuesday, March 9, 2010

selamat tinggal sayang..


26.10.2005
tarikh keramat (my ex bf bday)lalalalalala...eh, tu hanya part of it..
yang sbnarnye tarikh tu aku g kedai n beli En. PDU 7953.
En PDU dah berkhidmat dgn aku hampir tahun ke 5..sayangnya pd En.PDU..
walaupun masa tu aku sangat takde duit, tapi sangat memerlukan sebijik kereta kerana aku kerja kat RHB Bank n kena mobile merata2..sangat tertekan bila kena naik mota sampai kebas muka2 aku..
En PDU telah kemalangan dengan kali pertamanya hasil dari tunggangan aku yang agak melampau di atas Penang Bridge pada lewat 2005..aku sangat kesedihan..3 minggu tanpa En PDU..aku rindu!
En PDU telah ikut aku merata2.. daripada kerja di Bank aku melompat kerjaya jadi Cikgu..ada 2 sekolah ok (S.K Alma Jaya & S.K Bandar Baru Perda)..6 bulan jadi cikgu yang sangat mengembirakan!!!!!
After teaching, En PDU ikut aku ke Penang n kerja di tingkat 58 Bangunan KOMTAR.. setahun di Penang yang penuh dengan warna-warni...sakit (of coz), manis, pahit, kelat dan segala2 rasa yang deria manusia bisa rasai...
Dengan berbekalkan doa, aku dapat gak keje PTD yang aku pun tak tau apa jadahnye keje ni...after test n assesment yang sengal, interview yang gagal pada kali pertamanya, aku dapat gak keje ni...dan yang lebih indah jugak, EN PDU masih bersama2...ikut kesana kemari dengan memberi perkhidmatan yang bermutu..
sampai la tanggal 8/3/2010.. secara officialnye En PDU telah bertukar tangan kepada tuan lain yang aku percaya akan sayang en PDU macam mana aku sayang dia.
En PDU, walaupun kita jauh tapi aku tetap sayang ko sbb kita dah couple dekat 5 taun..
jaga diri baik2 ye..



Monday, March 8, 2010

dia lelaki!!



aku jatuh cinta pada dia..
adam..
rambut cantik macam perempuan.. guna jari pun boleh..
pandai main bola sepak dia nampak macam budak tomboy yang sangat cute ..
n yang sebenarnya dia tu lelaki..

Sunday, February 28, 2010

Natrah Suatu Sejarah











9 Julai 2009, media massa sama ada media cetak atau media elektronik telah melaporkan bahawa Natrah telah meninggal dunia. Mungkin ramai anak-anak muda yang kurang tahu tentang kisah hidup Natrah yang telah mencetuskan tragedi berdarah atau lebih dikenali sebagai tragedi Natrah yang berbaur sentimen keagamaan dan warna kulit.

Berikut adalah kronologi perjalanan hidup Natrah yang penuh dengan dugaan maha hebat.
Penulis tidak mahu bercerita lanjut tentang sejarah hidup Natrah kerana anda boleh merujuk Wikipedia.

Kali ini penulis ingin membawa anda ke tempat Natrah dibesarkan iaitu Kemaman, Terengganu atau lebih tepat lagi Chukai. Kediaman penulis dengan Natrah boleh dikatakan terlalu hampir, hanya mengambil masa beberapa minit untuk ke lokasi berkenaan jika berjalan kaki. Rumah kayu yang agak besar itu dihuni oleh arwah abang ipar angkat Natrah. Malangnya beberapa bulan lalu, rumah kayu itu telah dirobohkan kerana tanahnya telah dijual setelah arwah meninggal dunia.
Menurut ayahanda penulis, Natrah dididik dengan ajaran Islam sehingga berjaya khatam Al Quran dan tidak mengabaikan solat 5 waktu. Che Aminah juga disebut orang sebagai seorang wanita kaya yang budiman. Secara peribadi, penulis pernah menjejakkan kaki ke sekolah rendah yang sama dengan cucu saudara angkat Natrah iaitu Mohd Akram Bin Abd Aziz. Sewaktu kecil dahulu, penulis selalu mengikut ayahanda menyewa filem aksi Jackie Chan dari kedai video milik salah seorang anak saudara angkat Natrah.

Natrah lambang wanita yang tersepit antara kemahuan dirinya untuk terus kekal menjadi wanita muslim seperti didikan Che Aminah tetapi dipaksa untuk menjadi kristian atas desakan keluarganya sendiri. Kesalan jelas terpahat di hati Natrah apabila 18 orang pejuang Islam syahid dan beratus-ratus orang lagi cedera kerana keberanian mereka mempertahankan akidah seorang gadis muslim. Natrah kekal dikenang di dalam sejarah Malaysia, Singapura dan Belanda dan British.
Antara petikan kata-kata lelaki Islam ketika Tragedi Natrah :-
Pada waktu tersebut orang melayu hendak masuk bagi membantah keputusan ke dalam mahkamah, Orang melayu diketuai oleh Karim Ghani telah ditahan oleh Inspektor Taha yang berkhidmat dengan kerajaan British.
Karim Ghani menyatakan kepada Inspektor Taha
“Ko orang Islam, aku orang Islam, aku datang hari ini bagi menyelamatkan akidah seorang anak yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” , adakah kamu yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” juga mahu menghalang aku? kamu halanglah aku akan tetap pergi….”
Dengar tu saja Inspektor Taha terus cabut uniform dia, buang senjata dia..Inspektor Taha menyatakan
“Demi Allah, aku akan bersama kamu pada hari ini.”
Laungan Allahukabar bergema disetiap sudut…Inspektor Taha terus serbu untuk masuk ke dalam mahkamah bersama orang-orang melayu. Lalu datang askar British tembak orang-orang melayu. Mengalir darah orang melayu di tangga mahkamah tinggi singapura. Seramai 18 orang telah gugur Syahid
Sumber : http://eriyza.aeropama.com/?p=1336

Video-video berkaitan Natrah :-
Maria Hertogh Part 1
Maria Hertogh Part 2
Pulanglah Natrah a Tribute
Natrah – Handy Black (diharamkan kerajaan pada tahun 1992)

Tahun 1950 orang Melayu memang miskin tetapi mereka sanggup ke Singapura untuk mempertahankan kesucian agama Islam dari dinoda oleh si kafir laknat tetapi pada masa kini mengapa isu murtad dipandang enteng meskipun ia mula menular?? semangat cintakan Islam perlu dipupuk semula sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Aku mungkin di kategorikan sebagai orng yang slo mo pasal isu natrah ni..baru jap tadi tgk teater natrah kat TV1.. menakjubkan...no wonder la fiza nangis...aku adalah tersangat ruginya bila tak dapat tgk teater tu bersama2 18000 org yang bernasib baik dapat tiket teater tu after 14 days pementasan..takpe..nanti cuba lagi..
erm bukan isu tiket yang aku nak share tapi isu NATRAH yang tragis yang patut kita semua tau..betapa jahatnya undang2 yang diagung-agungkan yang tak nampak apa beza akidah dan civil law..
erm..post yang agak emo la kot..tapi sbnarnya ramai je yang convert dari Islam skang ni..tapi isunya sapa yang berani bertarung macam atuk2 nenek2 kita zaman dulu..mengikut data Jabatan Pendaftaran Negeri S***H,,yang mana kawan aku yang uruskan, bilangan Islam yang murtad tersangat banyak..aku ulangi..tersangat..so..nasihat aku..perhati-perhati la adik2 kita, kawan2 kita, family2 kita jgn sampai lari jauh akidah sampai tak nampak apa tu ISLAM...
salam
-linkampo-

Saturday, February 27, 2010

kenapa eh??

aku bukan rasict ke menda..tapi benda ni aku just nak share..
semalam pas dgr berita kt TV, aku terus google pasal insiden kejohanan futsal di Jakarta bila Malaysia vs Vietnam..
penyokong yang datang of coz la rakyat Indonesia..tapi yang agak mengecewakan bila lagu Negaraku berkumandang, stadium Senayan tak berdiri dan menghormati lagu kebangsaan aku tapi menyanyikan lagu Indonesia Raya(lagu kebangsaan Indonesia)..

aku pun kadang2 tak faham kenapa perlu treat orang macam ni...sukan is sukan, politics is politics..jangan campur adukkan...

personally aku pun tak pernah terpikir nak biadap dengan lagu kebangsaan aku apatah lagi lagu kebangsaan org lain..

prinsip aku senang...siapa hormat aku, aku akan hormat org..tapi kalo org tu tak hormat aku..just talk to my hand je k..

post nih aku just nak share je sebab tiba2 aku rasa emosional bila rasa negara aku di pijak2..

salam 1 Malaysia..
linkampo

Friday, February 26, 2010

mana la perginya aku..




since 17hb feb, sahari sebelum birthday aku..
dah tak menulis..
tak de masa..gila tak cukup masa..
erm..rini Sambutan Maaulidul Rasul Peringkat Ngeri Perak...erm..kalo ada benda yang menarik terjadik dalam idop aku, mesti blog linkampo aku pikir dulu..
rini g opis dengan berpakaian kebangsaan atau ayat yang lebih mudah BAJU KURUNG yang selalu aku pakai p opis sebab ada Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Negeri Perak yang mana ketiga-tiga tuanku akan datang atau dalam bahasa Istanaya 'mencemar duli'..
-Sultan Perak dan Permaisuri
-Raja Muda Nazrin dan Raja Puan Besar (Tuanku Zahara)
-Raja DiHilir dan Raja Puan Muda


task utama aku g Padang rini sebab nak bersama2 dengan Dato' Pegawai Daerah merasa susah hati bila tgk kerusi tersusun 5000 bijik untuk sambutan ni yang perlu dipenuhkan...mesti kena penuhkan sebab semua tuanku akan ada, MB, Dato SS, segala2 Dato, Semua ahli Exco dan semua yang besar2 belaka...so rakyat jelata kena datang meramaikan majlis...dalam kepanasan+sejuk2 takut, tiba2 hp aku berbunyi..
Dato DO: AZLIN, u pergi Casuarina Inn dan sambut Raja DiHilir tiba ..Isteri En Omar takde, so
takde perempuan nak sambut Raja Puan Muda..u g ek..gantikan..
Aku: ok..ok..(mati la nak sambut Raja..gua tak reti beb!!)

maka datangla sang Driver amik aku dan bawak ke Hotel tu..berdebar menunggu nak practice menyembah.. dipendekkan cerita, aku pun sambut dengan menyembah kereta raja..sembah Raja Puan Muda dan iring ke bilik holding room..dengan tak disangka2 dia ajak masuk dalam n besembang..dan yang lebih kronik dia ajak makan bersama..oohhh protokol makan bersama raja sangat2 dipraktikkan...aku bercakap tersasul2..kejap saya kejap patik...memang sangat lucu kalo dikenang..ini pengalaman yang aku pun tak penah pikir akan aku buat..duduk bersembang dengan raja2..giler ah...
sebelum aku iring dia ke kereta again dan menyembah kereta again (looser), dia tanya nama aku personally, ADO ni nama apa ye?? patik Azlin tuanku...dengan suara lemah lembut dan penuh kewanitaan nya aku... hahahah...uwweeekk...aku pun tergelak tgk diri sendiri...
iring kereta diraja ke majlis, aku pun turun kereta dan g ke tempat menyambut tuanku2 lain sampai dan mata aku terpaku bila kereta Raja Muda Nazrin dan isteri sampai..
Tuaku Zahara...yang aku tunggu2 nak jumpa dah sampai..cantik gile...serius aku tak tipu..
aku pun tunggu tepi karpet kuning nak tgk lebih dekat..mana nak dapat peluang nak salam....
tapi dari kereta dia lalu tak salam pun dengan rakyat jelata...aku pun frust...tapi bila dia lalu depan aku, aku dapat la tgk muka dia dekat2..tiba2 dia hulur tangan, aku pun salam cium tgn...lembutnye tagan raja eh..(hati aku cakap gitu) huhu...
kawan aku pun heran pasal apa dia hulur tangan kat aku sorang je...aku pun heran gak..mungkin muka aku mencerminkan betapa aku nak salam dia kot, tu pasal dia hulur tangan...hahahaha...
tapi yang pasti aku taknak basuh tangan...nak simpan bau tangan tunku zahara..

salam...

Wednesday, February 17, 2010

Separuh Jiwaku Pergi

**taman tasik taiping
7.30 pagi

Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka
Kau main hati
dengan sadarmu
kau tinggal aku

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku


Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua


Tuesday, February 9, 2010

:0)

**suka**
***gembira***
****senyum****